Klik pada iklan dibawah untuk membantu kami mendapatkan dana tiada bayaran dikenakan keatas anda

Search This Blog

Thursday, July 7, 2011

Thursday, March 10, 2011

Tawaran Kursus perguruan lepas SPM (PISMP) kini dibuka

Adalah dengan ini dimaklumkan Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia seperti di bawah :

A. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) :
. Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Kepujian)

B. Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara :
. Fizik
. Kimia
. Biologi
. Matematik
. Pendidikan Khas
. Bahasa Cina

C. Program Kembar Bahasa Perancis :
. Bachelor of Arts Degree in Sciences of Language and Information Specializing in Teaching French As Foreign Language

D. Program Kembar Bahasa Jerman :
. Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Jerman Dengan Pendidikan

Permohonan boleh dibuat mulai 7 Mac 2011 (Isnin) melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia (www.moe.gov.my)

Tuesday, March 8, 2011

Friday, February 18, 2011

Saranan melabur emas untuk masa hadapan yang gemilang




Untuk pertanyaan sila hubungi Fadzli (010-3440955) Public gold dealer

Monday, December 20, 2010

Terima kasih yayasan pahang dan kerajaan Malaysia

Murid-murid pendidikan khas SK f Tementi sudah tentu amat bersyukur apabila menerima bantuan kewangan dari Yayasan Pahang dan kementerian Pelajaran Malaysia pada bulan ini. Wang ini akan dimasukkan ke dalam akaun mereka yang berjumlah 19 orang kesemuanya. Yayasan Pahang menganugerahkan setiap seorang murid sebanyak RM250 seorang manakala kementerian pelajaran malaysia seperti biasa mengeluarkan bantuan sebanyak RM150 untuk setiap bulan. Segala syukur dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan diatas segala bantuan yang diberikan.

Wednesday, November 17, 2010

Kenapa En Nasarudin Bakar menangis?

Lelaki yang selalu mengalirkan air mata adalah lelaki yang kuat imannya. Biasanya lelaki jenis ini menangis tatkala mengingatkan dosa-dosanya yang lalu. Dia jua akan menangis kerana terlalu bersyukur, merasa amat berterima kasih pada nikmat pemberian Allah.

Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati bersih. Sekarang, amat susah mencari lelaki jenis ini. Kebanyakan lelaki yang ada di sekeliling Anda adalah lelaki bersikap egois, maka menangis sebab teringat dosa pun dia tidak akan mahu buat, apatah lagi menangis sebab merasa terlalu bersyukur.

Lelaki yang kerap menangis adalah lelaki yang lembut hatinya, penyayang, amat jujur dan setia.

Hatinya lembut sebab nur iman yang tersimpan di situ menyinarkan mahabbah, maksudnya rasa berkasih-sayang dan rasa ingin saling mengambil berat. Itu juga petanda bahawa lelaki jenis ini seorang yang optimis pemikiranya, bersangka baik dan tidak suka berkata yang buruk walaupun sekelumit cuma.

Kenapa lelaki menangis?

# Kebanyakan lelaki akan menangis apabila: Terlalu gembira
apabila menyambut kelahiran cahaya mata
pertama.
# Teringat dosa-dosa lalu pernah dilakukan olehnya.
# Merasai kesyukuran yang amat mendalam kepada Allah Yang
Maha Esa.
# Ibu atau bapanya meninggal dunia.
# Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka.
# Terlalu khusyuk di dorong rasa kehambaan di dalam zikir-
zikirnya.
# Tersentuh hati tatkala mengenangkan ayat-ayat Al-Quran
yang dibaca olehnya.

Thursday, November 11, 2010

UPSR 2010:SK Felda Tementi Cemerlang

Tahniah kepada murid-murid tahun 6 SK Felda Tementi yang mendapat keputusan paling cemerlang dalam sejarah sekolah apabila 8 orang muridnya mendapat 5A.SK tementi berada di kedudukan kedua antara sekolah-sekolah felda di dalam daerah Bera. Tahniah juga kepada guru-guru tahun 6 yang telah bertungkus lumus dan berhempas pulas untuk memberikan ilmu yang terbaik kepada murid murid tahun 6. Tahniah juga kepada Guru Besar SK Felda Tementi En Ab Aziz B Talib yang sentiasa memberikan dorongan dan semangat kepada semua murid dan guru secara langsung dan juga secara tidak langsung demi kejayaan cemerlang murid-murid dalam peperiksaan UPSR dan segala bidang yang lain. Tahniah juga kepada guru-guru SK Felda Tementi yang sentiasa memberikan kerjasama yang terbaik dalam segala aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah. Berikut ialah senarai murid yang mendapat keputusan cemerlang SK Felda Tementi.

1. Muhammad Idlan B Abdullah Sani
2. Siti Nuraqilah Bt Rohmat
3. Saufinaziha Bt Mohd Hamdan
4. Norhazwana Nabila Bt M.Desa
5.Rosnitawati Binti Ramli
6.Norfadhilah Nazihah Bt Mohd Zamri
7.Farisya Nadira Bt Shamsul Kamal
8.Alisya Dalila Bt Shamsul Kamal

Terima kasih kepada Cikgu Hilmi yang menyediakan video semasa murid-murid menerima keputusan UPSR semalam.

Semoga kejayaan SK Felda Tementi yang cemerlang ini akan berterusan untuk tahun-tahun berikutnya. Amin.

Sila Klik iklan dibawah untuk membantu kami mendapatkan dana