Klik pada iklan dibawah untuk membantu kami mendapatkan dana tiada bayaran dikenakan keatas anda

Search This Blog

Friday, July 30, 2010

cikgu pendidikan khas pun masuk MLM

Pernah tak dulu korang terima surat berantai yang suruh masukkan wang pos ke dalam akaun tertentu dan nama pertama akan dibuang kemudian nama no.2 akan naik no.1 dan seterusnya..Hari ini benda tu diaplikasikan dalam mendapatkan backlink..Xpasti keberkesanannya tapi apa kata kita cuba je. Kalau fikir logik ada benar jugak guna cara ini..Jom kita cuba..bukan bayar pun percuma jer..

Perkara yang harus anda lakukan adalah mengikuti langkah-langkah berikut:-

1. Tulis posting artikel seperti posting dalam blog ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yg menarik.

2. Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda.

PERATURAN

1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).

2. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu.
Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut,maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

3. Harus jujur dan jangan buang link-link dan diganttikan dengan link-link yang lain.

Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,62

YA LEBIH DARI 6 JUTA BACKLINK !!!

Bayangkan jika ini boleh berjalan dengan sempurna maka anda akan mendapatkan backlink maksimum 6,103,515,62 dari berbagai blog yang anda tidak akan pernah membayangkan sebelumnya.Jika ada pengunjung ke blog anda dari Link List yang disebutkan di atas maka anda akan secara automatik mendapatkan lalu lintas ke web / blog anda juga.

Ingat! Aturan permainan,link blog anda harus mulai dari urutan (No.15), sehingga hasil anda dapat Maksimum backlink. Jangan salahkan aku jika anda tidak mengikuti formula ini dengan betul dan link anda tiba-tiba berada di urutan No.1 dan menghilang di daftar link. Jadi mulai urutan adalah di bahagian bawah (No.15).

OK..SELAMAT MENCUBA..SEMOGA SAMA-SAMA BERJAYA.

Thursday, July 8, 2010

Skim bantuan pelajar OKU dinaikkan RM5,000

KUALA LUMPUR 7 Julai - Skim pembiayaan bantuan kewangan kepada pelajar orang kurang upaya (OKU) yang sebelum ini diberi kepada penuntut sepenuh masa kini diperluas kepada separuh masa dengan jumlah pembiayaan turut dinaikkan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (gambar) berkata, kerajaan telah meluluskan kenaikan pembiayaan bantuan kewangan kepada golongan itu daripada RM3,600 kepada RM5,000 setahun bermula tahun ini.

Menurutnya, ini bermakna penuntut OKU di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan secara sepenuh masa serta separuh masa akan diberi bantuan RM20,000 sepanjang tempoh pengajian mereka.

"Sebelum ini penuntut OKU sepenuh masa hanya diberi bantuan sara hidup RM300 sebulan atau RM3,600 setahun iaitu RM14,400 sepanjang tempoh pengajian. Namun, selepas ini mereka akan RM5,600 untuk tempoh empat tahun atau RM1,400 setahun.

"Bagi penuntut OKU separuh masa ataupun secara pengajian jarak jauh, bantuan yang diberikan adalah RM5,000 setahun atau RM20,000 sepanjang tempoh pengajian meliputi kos yuran pengajian sahaja," katanya.

Beliau mengumumkan perkara tersebut ketika mengadakan pertemuan dan sesi soal jawab dengan 15 mahasiswa OKU Universiti Malaya (UM) di sini hari ini.

Pertemuan itu turut dihadiri Naib Canselor UM, Profesor Datuk Dr. Gauth Jasmon.

Mohamed Khaled memberitahu, skim itu kini meliputi semua kategori penuntut yang mengikuti pengajian peringkat diploma dan ke atas di IPT tempatan serta swasta, politeknik dan kolej komuniti yang di bawah pengurusan serta kawalan kementerian.

Beliau berkata, kementerian memperuntukkan RM4.4 juta bagi membiayai mahasiswa OKU di bawah skim bantuan kewangan itu.

"Jumlah peruntukan ini merupakan peningkatan 94 peratus atau RM2.15 juta berbanding RM2.26 juta tahun lalu," katanya.

Jelas beliau, syarat utama bagi penuntut OKU mendapat bantuan kewangan adalah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan mengikuti kursus diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Mohamed Khaled memberitahu, perluasan program bantuan kewangan itu akan membolehkan 450 mahasiswa OKU mendapat faedah berbanding 330 orang sebelum ini.

Dari 2006 hingga tahun lalu, kementerian telah menyediakan bantuan kewangan untuk 1,205 penuntut OKU dengan purata tajaan baru 330 orang setahun.

Penuntut OKU yang mengikuti program pendidikan khas di politeknik dalam tempoh yang sama pula adalah 478 orang.

Saturday, July 3, 2010

Perkhemahan Bersepadu Pendidikan Khas Peringkat Daerah Bera



Sektor pendidikan Khas daerah bera sekali lagi berjaya merancang dan mengatur program peringkat daerah iaitu program perkhemahan bersepadu yang akan disertai oleh semua sekolah pendidikan khas daerah Bera. Perkhemahan ini akan diadakan di tapak Ramsar Tasek Bera pada 13,14 dan 15 Julai 2010.Program ini dijangka akan dirasmikan oleh ketua sektor pendidikan Khas JPN Pahang Tuan Hj Murat yang akan datang bersama beberapa orang pegawai dari JPN pahang.

Antara Jawatankuasa yang telah dilantik untuk program tersebut ialah

Penaung : En Ramli B Awang (Pegawai Pelajaran Daerah Bera)
Penasihat : En Sabri B Yasin (PPD)
Pengerusi : En Abd Hadi B Abd Rahman (Pengetua SMK Bera/ Pengerusi P.Khas Bera)
Penyelaras Program : En Mohd Zaki B Othman ( Penyelia Prasekolah/ Pendidikan Khas Daerah)
                                 En Mohd Suhar B Ab Wahab (SMK Purun)
Penolong Penyelaras : En Ab Rahman B Ab Majid (SMK Bera)
Setiausaha : Pn Azlina Bt Aziz (SMK Bera)
Bendahari : Cik Siti NorIdayu Bt Mohd Nasir (SMK Purun)

Pengerusi Jawatankuasa Kecil:
J/k Pendaftaran : Pn Sh Razieyah Bt Sy Abd Razak (SK Triang 3)
J/k Persiapan Tempat : En Amirudin B Yusof (SMK Purun)
J/k Makanan : Cik Aswirah Bt Ibrahim ( SMK Mengkarak)
J/k Siaraya : PKG Bera
J/k Hadiah & Sijil : Pn Mazliawati Bt Hassan ( SK Tementi)
J/k keselamatan : En Sahidan (SK Durian Tawar)
J/k Jemputan : Pn Masitah Ikrimah Bt Abd Zaibi (SK Tembangau 1)
J/k Kebersihan : En Faizal B Saoad (SK Bukit Mendi)
J/k Dokumentasi : Pn Aniza Bt Manaf (SMK Bukit Mendi)
J/k Kem Komander : En Mohd Fadzli Bin Shamsuddin ( SK Tementi )
J/k Pengacara Majlis : Pn Rosnieza Bt MatRazak (SK Purun)
J/k Publisiti : En Mohd Suhar B Ab Wahab (SMK Purun)
J/k Kerohanian : Pn Surina Bt Ismail ( SK Tementi )
J/k Aktiviti : En Mohd Khairul B Othman ( SK Purun)
                   Cik Hafizah Auni Bt Che Yaakub ( SMK Triang 3)

Thursday, July 1, 2010

Elaun Pendidikan Khas Untuk Guru Besar di Sekolah Mempunyai Sekolah Pendidikan Khas

Berkaitan Cadangan Elaun pendidikan khas  untuk penolong kanan khas berjumlah rm250 diperluaskan agar guru besar di sekolah-sekolah tersebut juga menerima elaun berkenaan.

Cadangan NUTP
Pentadbir sekolah memohon agar mereka dibayar elaun pendidikan khas sebanyak RM250 seperti guru pendidikan khas kerana mereka juga mengajar pendidikan khas.

Maklum Balas
Berdasarkan surat pekeliling perkhidmatan SPP kementerian pelajaran Malaysia KPM bilangan 1 tahun 1989 dan SPP KPM bilangan 1 Tahun 2008, Guru besar/ Pengetua dan Penolong kanan yang bertugas di sekolah pendidikan khas layak menerima bayaran insentif mengajar kanak-kanak cacat BIMKC sebanyak RM250 sebulan

Sila Klik iklan dibawah untuk membantu kami mendapatkan dana