Klik pada iklan dibawah untuk membantu kami mendapatkan dana tiada bayaran dikenakan keatas anda

Search This Blog

Sunday, June 20, 2010

Pinjaman peribadi MBSB lebih baik dari bank rakyat

MBSB sebuah anak syarikat KWSP menawarkan
  • Pinjaman peribadi ditawarkan kepada semua kakitangan kerajaan / kerajaan negeri
  • had maksimum pinjaman RM200,000
  • tempoh pinjaman sehingga 20 tahun
  • rate : 4.9%
  • pembayaran balik melalui biro angkasa
  • borang permohonan saya akan pos kepada anda
berminat, sila hubungi saya melalui email;

Thursday, June 10, 2010

Kursus ternakan untuk warga OKU

KUALA TERENGGANU 7 Jun – Mereka tidak boleh melihat, namun ia bukan alasan untuk tidak meneruskan kehidupan. Golongan cacat penglihatan juga mahu hidup seperti insan biasa dengan kemampuan untuk menyara kehidupan mereka sendiri dan keluarga. Berdasarkan semangat itu, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengadakan kursus ternakan ikan air tawar untuk Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam (Pertis) Terengganu. Kursus yang buat pertama kali diadakan bakal memberi manfaat serta menjadi peluang untuk menambah pendapatan warga orang kurang upaya (OKU) pada masa depan. Sektor pertanian dan perikanan dipilih kerana ia merupakan industri yang sedang berkembang dan antara penyumbang besar kepada pendapatan negara. Pengarah Institut Akuakultur Tropika, UMT, Prof. Dr. Faizah Shaharom berkata, kursus itu diadakan untuk memberi kemahiran melibatkan diri dalam ternakan ikan air tawar terutamanya ikan keli. ”Program ini akan menggalakkan mereka bekerja sendiri dan mencetuskan minat untuk menceburi sektor akuakultur sebagai satu pekerjaan menjana pendapatan kelak,” katanya. Beliau berkata, kursus itu memberi kemahiran ternakan ikan air tawar termasuk belajar menguruskan kesihatan ikan, makanan ikan dan pengurusan kualiti air ternakan tersebut.”Kemudian mereka juga akan dibantu dengan pendedahan cara pemasaran efektif. ”Kita juga akan memantau mengenai bagaimana mereka menguruskan ternakan selepas kursus ini,” katanya.Beliau memberitahu, pihaknya akan memantau kira-kira 50 peratus proses penternakan ikan keli yang akan dilakukan oleh peserta nanti termasuk dari segi kesihatan ikan dan pengurusan ternakan.”Kita akan membantu dalam mengatasi penyakit ikan jika berlaku jangkitan ke atas ternakan mereka,” jelasnya.Seramai 30 anggota Pertis dipilih termasuk 10 ahli keluarga terdekat mereka yang normal untuk menyertai kursus berkenaan.Antara yang dipelajari dalam kursus itu, katanya, adalah cara melurut ikan, menjaga air dan suhu air tangki ternakan selain pembenihan ikan. ”Dalam kursus ini, kita akan membuang sengat ikan keli dahulu kerana para peserta tidak dapat melihat. ”Kita juga akan mengajar mereka bagaimana dan bila hendak memberi makan ikan,” tambahnya. Dalam pada itu, Pengerusi Pertis, Mohamed Ismail, 56 berkata, pihaknya mengambil inisiatif dan bertemu dengan UMT dalam membantu golongan sepertinya menceburi bidang penternakan dalam menjana pendapatan.”Golongan OKU sebelum ini amat terhad dalam mencari pekerjaan dan kami sememangnya memerlukan bantuan,” katanya. Beliau berkata, buat peringkat awal, beliau bersama peserta lain merancang untuk melakukan ternakan ikan keli itu di sekitar rumah mereka. ”Mula-mula kami ingin melakukan ternakan ikan di sekeliling rumah. Dengan ini, ahli keluarga lain juga akan dapat membantu dalam menjaga dan menguruskannya. ”Mungkin dalam perancangan masa panjang, satu pusat akan dibuka dalam melakukan ternakan secara berpusat,” tambahnya. Beliau menambah, kebanyakan peserta yang menghadiri kursus berkenaan tinggal di kawasan perumahan OKU, Taman Rahmat, Pulau Kerengga di Marang. ”Selain itu, ada juga yang tinggal di Seberang Takir dan Kampung Telaga Batin di Kuala Terengganu. ”Kesemuanya berumur 40 tahun ke atas dan mereka berminat untuk mengusahakan ternakan ini,” katanya.- Utusan Malaysia

Wednesday, June 2, 2010

Pemantauan PPD Bera ke Pendidikan Khas SK Felda Tementi

PPD Bera hari ini melalui pegawainya Encik Zaki melakukan lawatan sambil memantau Program pendidikan Khas SK Felda Tementi.Beliau tiba di sekolah kebangsaan felda tementi kira-kira pukul 10 pagi tadi. Sambil memantau beliau juga memberikan teguran dan nasihat untuk memantapkan lagi program pedidikan khas sk felda tementi khasnya dan pendidikan khas daerah bera secara amnya.

Beliau membuat pemerhatian keatas persekitaran sekolah. memeriksa fail-fail utama, buku rancangan mengajar guru-guru, perhatian keatas murid-murid dan juga memeriksa segala kelengkapan di dalam kelas. Beliau juga ada mencadangkan beberapa perkara dalam menambahbaik lagi keadaan di dalam kelas pendidikan khas sk felda tementi

En Zaki juga turut membuat pemerhatian keatas PPM-PPM SK felda Tementi.Dia memerhatikan fail meja dan menemubual beberapa orang PPM dan Guru SK Felda Tementi. Proses pemantaun dilakukan dengan begitu telus sekali. Beliau juga turut memberi nasihat kepada PPM dalam melaksanakan tugas mereka dengan lebih berkesan.

Akhir sekali En Zaki sempat bermesra dengan beberapa orang pelajar sebelum keluar meninggalkan kami untuk bertemu dengan Guru besar SK Felda Tementi En Abdul Aziz. Kira-kira pukul 12 tengah hari beliau meninggalkan Sk Felda Tementi untuk kembali ke pejabat pendidikan daerah bera untuk tugas menyambung tugas beliau seterusnya.

Tuesday, June 1, 2010

Sila Klik iklan dibawah untuk membantu kami mendapatkan dana