Klik pada iklan dibawah untuk membantu kami mendapatkan dana tiada bayaran dikenakan keatas anda

Search This Blog

Monday, December 20, 2010

Terima kasih yayasan pahang dan kerajaan Malaysia

Murid-murid pendidikan khas SK f Tementi sudah tentu amat bersyukur apabila menerima bantuan kewangan dari Yayasan Pahang dan kementerian Pelajaran Malaysia pada bulan ini. Wang ini akan dimasukkan ke dalam akaun mereka yang berjumlah 19 orang kesemuanya. Yayasan Pahang menganugerahkan setiap seorang murid sebanyak RM250 seorang manakala kementerian pelajaran malaysia seperti biasa mengeluarkan bantuan sebanyak RM150 untuk setiap bulan. Segala syukur dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan diatas segala bantuan yang diberikan.

Wednesday, November 17, 2010

Kenapa En Nasarudin Bakar menangis?

Lelaki yang selalu mengalirkan air mata adalah lelaki yang kuat imannya. Biasanya lelaki jenis ini menangis tatkala mengingatkan dosa-dosanya yang lalu. Dia jua akan menangis kerana terlalu bersyukur, merasa amat berterima kasih pada nikmat pemberian Allah.

Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati bersih. Sekarang, amat susah mencari lelaki jenis ini. Kebanyakan lelaki yang ada di sekeliling Anda adalah lelaki bersikap egois, maka menangis sebab teringat dosa pun dia tidak akan mahu buat, apatah lagi menangis sebab merasa terlalu bersyukur.

Lelaki yang kerap menangis adalah lelaki yang lembut hatinya, penyayang, amat jujur dan setia.

Hatinya lembut sebab nur iman yang tersimpan di situ menyinarkan mahabbah, maksudnya rasa berkasih-sayang dan rasa ingin saling mengambil berat. Itu juga petanda bahawa lelaki jenis ini seorang yang optimis pemikiranya, bersangka baik dan tidak suka berkata yang buruk walaupun sekelumit cuma.

Kenapa lelaki menangis?

# Kebanyakan lelaki akan menangis apabila: Terlalu gembira
apabila menyambut kelahiran cahaya mata
pertama.
# Teringat dosa-dosa lalu pernah dilakukan olehnya.
# Merasai kesyukuran yang amat mendalam kepada Allah Yang
Maha Esa.
# Ibu atau bapanya meninggal dunia.
# Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka.
# Terlalu khusyuk di dorong rasa kehambaan di dalam zikir-
zikirnya.
# Tersentuh hati tatkala mengenangkan ayat-ayat Al-Quran
yang dibaca olehnya.

Thursday, November 11, 2010

UPSR 2010:SK Felda Tementi Cemerlang

Tahniah kepada murid-murid tahun 6 SK Felda Tementi yang mendapat keputusan paling cemerlang dalam sejarah sekolah apabila 8 orang muridnya mendapat 5A.SK tementi berada di kedudukan kedua antara sekolah-sekolah felda di dalam daerah Bera. Tahniah juga kepada guru-guru tahun 6 yang telah bertungkus lumus dan berhempas pulas untuk memberikan ilmu yang terbaik kepada murid murid tahun 6. Tahniah juga kepada Guru Besar SK Felda Tementi En Ab Aziz B Talib yang sentiasa memberikan dorongan dan semangat kepada semua murid dan guru secara langsung dan juga secara tidak langsung demi kejayaan cemerlang murid-murid dalam peperiksaan UPSR dan segala bidang yang lain. Tahniah juga kepada guru-guru SK Felda Tementi yang sentiasa memberikan kerjasama yang terbaik dalam segala aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah. Berikut ialah senarai murid yang mendapat keputusan cemerlang SK Felda Tementi.

1. Muhammad Idlan B Abdullah Sani
2. Siti Nuraqilah Bt Rohmat
3. Saufinaziha Bt Mohd Hamdan
4. Norhazwana Nabila Bt M.Desa
5.Rosnitawati Binti Ramli
6.Norfadhilah Nazihah Bt Mohd Zamri
7.Farisya Nadira Bt Shamsul Kamal
8.Alisya Dalila Bt Shamsul Kamal

Terima kasih kepada Cikgu Hilmi yang menyediakan video semasa murid-murid menerima keputusan UPSR semalam.

Semoga kejayaan SK Felda Tementi yang cemerlang ini akan berterusan untuk tahun-tahun berikutnya. Amin.

Saturday, August 14, 2010

Rahsia kejayaan menjadi penjawat awam

Saya kira sudah tentu ramai yang berminat untuk mengisi peluang pekerjaan dengan sektor kerajaan.

ADAKAH ANDA

1.Sering dipanggil menghadiri temuduga di sektor awam, tapi dapatnya tak pernah sekalipun

2.Sudah mengsisi borang permohonan kerja di sektor awam berulang - ulang kali, tapi masih tidak dipanggil - panggil menghadiri temuduga
3.Anda baru menghabiskan pengajian di sekolah/universiti, dan risau untuk menghadiri temuduga kerana langsung tiada pengalaman temuduga.
4.Anda pernah datang temuduga, tapi bila sampai di tempat temuduga, anda berpatah balik...
5.Anda tercari - cari panduan untuk persediaan temuduga kerja kerajaan, tapi tidak menjumpainya...
6.Anda tak tahu apa nak jawab semasa disoal oleh panel penemuduga kerja kerajaan. Terkebil - kebil mata anda....blur!
7.Anda ditanya soalan 'killer' oleh panel penemuduga, mati akal anda dibuatnya..
8.Anda serang dibayangi mitos - "nak masuk gov kena ada kabel". Inilah fikiran songsang yang selama ini menghantui anda!
9.Anda lemah bahasa Inggeris, dan anda sangat takut sekiranya panel penemuduga menyoal anda dalam bahasa tersebut!
10.Anda ada ijazah, tapi bolehkah anda apply jawatan yang perlukan SPM saja...Anda tak tahu...
11.Anda menunggu masa dibuang kerja di syarikat anda bekerja, kerana syarikat nak bankrup...Anda benar - benar risau..
12.Anda ingin tahu apa soalan - soalan yang sering ditanya oleh panel penemuduga kerja kerjaan, tapi anda tak tahu bagaimana nak ketahuinya...
13.Dan bermacam - macam problem lagi yang bermain - main dalam fikiran anda...(tak perlu diceritakan semuanya - 10 page tak habis:)



KLIK SINI

Sunday, August 8, 2010

Monday, August 2, 2010

mempercepat index search engine bagi blog anda

Memiliki blog atau web tentunya ingin blog anda cepat di Index Search Engine . Laman google, Technorati, Alexa dll adalah laman search engine yang popular. Sebenarnya banyak cara untuk mempercepat index search engine bagi blog anda, salahsatunya adalah Pinging atau melakukan Ping.

Ping adalah cara memberitahukan search engine bahwa anda memiliki blog sehingga search engine bisa mengindex blog anda dengan cepat, sehingga kemungkinan website terindeks akan lebih terjamin dibanding dengan cara publish posting biasa.

Di sini saya akan memberikan beberapa link URL yang terpenting untuk dilakukan Ping :

Bila website anda adalah berbentuk blog, Ping pada Google Blog Search dengan membuka http://blogsearch.google.com/ping ,isikan alamat email dan submit blog.

Daftarkan website/blog anda ke Google. http://www.google.com/addurl , isikan URL web anda dan juga isi kolom dibawahnya dengan content yang anda miliki.

Daftarkan web anda di Technorati yang juga merupakan search engine untuk blog yang cukup potensial jika memberikan backlink untuk SEO anda. Caranya buka http://technorati.com/ping ,tapi saya dengar technorati sekarang ini tidak memberikan layanan backlink lagi (tapi cobalah dulu).

Gunakan Ping-O-matic, buka http://pingomatic.com/ ,isi nama blog di Blog name, isi homepage di Blog Home Page dan juga isi URL dari sindikasi rss/atom di RSS URL (optional/alias tidak wajib).

Lakukan keempat cara di atas untuk mempercepat index search engine. Bila anda merasa Google itu penting lakukan Ping khususnya untuk point 1 dan 2. Sebagai tambahan bila anda melakukan ping sesuai point 3 & 4 maka akan dapat mempercepat website anda dikenal lebih luas oleh berbagai search engine.

Saya cadangkan, lakukan Ping secara rutin, terutama setiap anda menerbitkan posting baru. Carilah lebih banyak lagi website lain yang menawarkan fasilitas ping. saya ibaratkan Pinging seperti kegiatan kita menepuk search engine untuk mengingatkan bahwa kita memiliki web/blog.

Selain cara di atas, banyak cara promosi yang di amalkan kini:
1. Buat posting di facebook dan cari seramai kawan di facebook
2. Pasang Plugin SEO di blog anda
3. Buat video produk anda dan post sebanyak mungkin di youtubr
4. Rajin komen blog orang lain dan masuk url blog anda, dengan cara tak langsung web atau blog anda akan cepat indek.
Sila komen blog saya, agar sama-sama kita dapat SEO pantas.

Friday, July 30, 2010

cikgu pendidikan khas pun masuk MLM

Pernah tak dulu korang terima surat berantai yang suruh masukkan wang pos ke dalam akaun tertentu dan nama pertama akan dibuang kemudian nama no.2 akan naik no.1 dan seterusnya..Hari ini benda tu diaplikasikan dalam mendapatkan backlink..Xpasti keberkesanannya tapi apa kata kita cuba je. Kalau fikir logik ada benar jugak guna cara ini..Jom kita cuba..bukan bayar pun percuma jer..

Perkara yang harus anda lakukan adalah mengikuti langkah-langkah berikut:-

1. Tulis posting artikel seperti posting dalam blog ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yg menarik.

2. Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda.

PERATURAN

1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).

2. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu.
Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut,maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

3. Harus jujur dan jangan buang link-link dan diganttikan dengan link-link yang lain.

Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,62

YA LEBIH DARI 6 JUTA BACKLINK !!!

Bayangkan jika ini boleh berjalan dengan sempurna maka anda akan mendapatkan backlink maksimum 6,103,515,62 dari berbagai blog yang anda tidak akan pernah membayangkan sebelumnya.Jika ada pengunjung ke blog anda dari Link List yang disebutkan di atas maka anda akan secara automatik mendapatkan lalu lintas ke web / blog anda juga.

Ingat! Aturan permainan,link blog anda harus mulai dari urutan (No.15), sehingga hasil anda dapat Maksimum backlink. Jangan salahkan aku jika anda tidak mengikuti formula ini dengan betul dan link anda tiba-tiba berada di urutan No.1 dan menghilang di daftar link. Jadi mulai urutan adalah di bahagian bawah (No.15).

OK..SELAMAT MENCUBA..SEMOGA SAMA-SAMA BERJAYA.

Thursday, July 8, 2010

Skim bantuan pelajar OKU dinaikkan RM5,000

KUALA LUMPUR 7 Julai - Skim pembiayaan bantuan kewangan kepada pelajar orang kurang upaya (OKU) yang sebelum ini diberi kepada penuntut sepenuh masa kini diperluas kepada separuh masa dengan jumlah pembiayaan turut dinaikkan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (gambar) berkata, kerajaan telah meluluskan kenaikan pembiayaan bantuan kewangan kepada golongan itu daripada RM3,600 kepada RM5,000 setahun bermula tahun ini.

Menurutnya, ini bermakna penuntut OKU di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan secara sepenuh masa serta separuh masa akan diberi bantuan RM20,000 sepanjang tempoh pengajian mereka.

"Sebelum ini penuntut OKU sepenuh masa hanya diberi bantuan sara hidup RM300 sebulan atau RM3,600 setahun iaitu RM14,400 sepanjang tempoh pengajian. Namun, selepas ini mereka akan RM5,600 untuk tempoh empat tahun atau RM1,400 setahun.

"Bagi penuntut OKU separuh masa ataupun secara pengajian jarak jauh, bantuan yang diberikan adalah RM5,000 setahun atau RM20,000 sepanjang tempoh pengajian meliputi kos yuran pengajian sahaja," katanya.

Beliau mengumumkan perkara tersebut ketika mengadakan pertemuan dan sesi soal jawab dengan 15 mahasiswa OKU Universiti Malaya (UM) di sini hari ini.

Pertemuan itu turut dihadiri Naib Canselor UM, Profesor Datuk Dr. Gauth Jasmon.

Mohamed Khaled memberitahu, skim itu kini meliputi semua kategori penuntut yang mengikuti pengajian peringkat diploma dan ke atas di IPT tempatan serta swasta, politeknik dan kolej komuniti yang di bawah pengurusan serta kawalan kementerian.

Beliau berkata, kementerian memperuntukkan RM4.4 juta bagi membiayai mahasiswa OKU di bawah skim bantuan kewangan itu.

"Jumlah peruntukan ini merupakan peningkatan 94 peratus atau RM2.15 juta berbanding RM2.26 juta tahun lalu," katanya.

Jelas beliau, syarat utama bagi penuntut OKU mendapat bantuan kewangan adalah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan mengikuti kursus diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Mohamed Khaled memberitahu, perluasan program bantuan kewangan itu akan membolehkan 450 mahasiswa OKU mendapat faedah berbanding 330 orang sebelum ini.

Dari 2006 hingga tahun lalu, kementerian telah menyediakan bantuan kewangan untuk 1,205 penuntut OKU dengan purata tajaan baru 330 orang setahun.

Penuntut OKU yang mengikuti program pendidikan khas di politeknik dalam tempoh yang sama pula adalah 478 orang.

Saturday, July 3, 2010

Perkhemahan Bersepadu Pendidikan Khas Peringkat Daerah Bera



Sektor pendidikan Khas daerah bera sekali lagi berjaya merancang dan mengatur program peringkat daerah iaitu program perkhemahan bersepadu yang akan disertai oleh semua sekolah pendidikan khas daerah Bera. Perkhemahan ini akan diadakan di tapak Ramsar Tasek Bera pada 13,14 dan 15 Julai 2010.Program ini dijangka akan dirasmikan oleh ketua sektor pendidikan Khas JPN Pahang Tuan Hj Murat yang akan datang bersama beberapa orang pegawai dari JPN pahang.

Antara Jawatankuasa yang telah dilantik untuk program tersebut ialah

Penaung : En Ramli B Awang (Pegawai Pelajaran Daerah Bera)
Penasihat : En Sabri B Yasin (PPD)
Pengerusi : En Abd Hadi B Abd Rahman (Pengetua SMK Bera/ Pengerusi P.Khas Bera)
Penyelaras Program : En Mohd Zaki B Othman ( Penyelia Prasekolah/ Pendidikan Khas Daerah)
                                 En Mohd Suhar B Ab Wahab (SMK Purun)
Penolong Penyelaras : En Ab Rahman B Ab Majid (SMK Bera)
Setiausaha : Pn Azlina Bt Aziz (SMK Bera)
Bendahari : Cik Siti NorIdayu Bt Mohd Nasir (SMK Purun)

Pengerusi Jawatankuasa Kecil:
J/k Pendaftaran : Pn Sh Razieyah Bt Sy Abd Razak (SK Triang 3)
J/k Persiapan Tempat : En Amirudin B Yusof (SMK Purun)
J/k Makanan : Cik Aswirah Bt Ibrahim ( SMK Mengkarak)
J/k Siaraya : PKG Bera
J/k Hadiah & Sijil : Pn Mazliawati Bt Hassan ( SK Tementi)
J/k keselamatan : En Sahidan (SK Durian Tawar)
J/k Jemputan : Pn Masitah Ikrimah Bt Abd Zaibi (SK Tembangau 1)
J/k Kebersihan : En Faizal B Saoad (SK Bukit Mendi)
J/k Dokumentasi : Pn Aniza Bt Manaf (SMK Bukit Mendi)
J/k Kem Komander : En Mohd Fadzli Bin Shamsuddin ( SK Tementi )
J/k Pengacara Majlis : Pn Rosnieza Bt MatRazak (SK Purun)
J/k Publisiti : En Mohd Suhar B Ab Wahab (SMK Purun)
J/k Kerohanian : Pn Surina Bt Ismail ( SK Tementi )
J/k Aktiviti : En Mohd Khairul B Othman ( SK Purun)
                   Cik Hafizah Auni Bt Che Yaakub ( SMK Triang 3)

Thursday, July 1, 2010

Elaun Pendidikan Khas Untuk Guru Besar di Sekolah Mempunyai Sekolah Pendidikan Khas

Berkaitan Cadangan Elaun pendidikan khas  untuk penolong kanan khas berjumlah rm250 diperluaskan agar guru besar di sekolah-sekolah tersebut juga menerima elaun berkenaan.

Cadangan NUTP
Pentadbir sekolah memohon agar mereka dibayar elaun pendidikan khas sebanyak RM250 seperti guru pendidikan khas kerana mereka juga mengajar pendidikan khas.

Maklum Balas
Berdasarkan surat pekeliling perkhidmatan SPP kementerian pelajaran Malaysia KPM bilangan 1 tahun 1989 dan SPP KPM bilangan 1 Tahun 2008, Guru besar/ Pengetua dan Penolong kanan yang bertugas di sekolah pendidikan khas layak menerima bayaran insentif mengajar kanak-kanak cacat BIMKC sebanyak RM250 sebulan

Sunday, June 20, 2010

Pinjaman peribadi MBSB lebih baik dari bank rakyat

MBSB sebuah anak syarikat KWSP menawarkan
  • Pinjaman peribadi ditawarkan kepada semua kakitangan kerajaan / kerajaan negeri
  • had maksimum pinjaman RM200,000
  • tempoh pinjaman sehingga 20 tahun
  • rate : 4.9%
  • pembayaran balik melalui biro angkasa
  • borang permohonan saya akan pos kepada anda
berminat, sila hubungi saya melalui email;

Thursday, June 10, 2010

Kursus ternakan untuk warga OKU

KUALA TERENGGANU 7 Jun – Mereka tidak boleh melihat, namun ia bukan alasan untuk tidak meneruskan kehidupan. Golongan cacat penglihatan juga mahu hidup seperti insan biasa dengan kemampuan untuk menyara kehidupan mereka sendiri dan keluarga. Berdasarkan semangat itu, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mengadakan kursus ternakan ikan air tawar untuk Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam (Pertis) Terengganu. Kursus yang buat pertama kali diadakan bakal memberi manfaat serta menjadi peluang untuk menambah pendapatan warga orang kurang upaya (OKU) pada masa depan. Sektor pertanian dan perikanan dipilih kerana ia merupakan industri yang sedang berkembang dan antara penyumbang besar kepada pendapatan negara. Pengarah Institut Akuakultur Tropika, UMT, Prof. Dr. Faizah Shaharom berkata, kursus itu diadakan untuk memberi kemahiran melibatkan diri dalam ternakan ikan air tawar terutamanya ikan keli. ”Program ini akan menggalakkan mereka bekerja sendiri dan mencetuskan minat untuk menceburi sektor akuakultur sebagai satu pekerjaan menjana pendapatan kelak,” katanya. Beliau berkata, kursus itu memberi kemahiran ternakan ikan air tawar termasuk belajar menguruskan kesihatan ikan, makanan ikan dan pengurusan kualiti air ternakan tersebut.”Kemudian mereka juga akan dibantu dengan pendedahan cara pemasaran efektif. ”Kita juga akan memantau mengenai bagaimana mereka menguruskan ternakan selepas kursus ini,” katanya.Beliau memberitahu, pihaknya akan memantau kira-kira 50 peratus proses penternakan ikan keli yang akan dilakukan oleh peserta nanti termasuk dari segi kesihatan ikan dan pengurusan ternakan.”Kita akan membantu dalam mengatasi penyakit ikan jika berlaku jangkitan ke atas ternakan mereka,” jelasnya.Seramai 30 anggota Pertis dipilih termasuk 10 ahli keluarga terdekat mereka yang normal untuk menyertai kursus berkenaan.Antara yang dipelajari dalam kursus itu, katanya, adalah cara melurut ikan, menjaga air dan suhu air tangki ternakan selain pembenihan ikan. ”Dalam kursus ini, kita akan membuang sengat ikan keli dahulu kerana para peserta tidak dapat melihat. ”Kita juga akan mengajar mereka bagaimana dan bila hendak memberi makan ikan,” tambahnya. Dalam pada itu, Pengerusi Pertis, Mohamed Ismail, 56 berkata, pihaknya mengambil inisiatif dan bertemu dengan UMT dalam membantu golongan sepertinya menceburi bidang penternakan dalam menjana pendapatan.”Golongan OKU sebelum ini amat terhad dalam mencari pekerjaan dan kami sememangnya memerlukan bantuan,” katanya. Beliau berkata, buat peringkat awal, beliau bersama peserta lain merancang untuk melakukan ternakan ikan keli itu di sekitar rumah mereka. ”Mula-mula kami ingin melakukan ternakan ikan di sekeliling rumah. Dengan ini, ahli keluarga lain juga akan dapat membantu dalam menjaga dan menguruskannya. ”Mungkin dalam perancangan masa panjang, satu pusat akan dibuka dalam melakukan ternakan secara berpusat,” tambahnya. Beliau menambah, kebanyakan peserta yang menghadiri kursus berkenaan tinggal di kawasan perumahan OKU, Taman Rahmat, Pulau Kerengga di Marang. ”Selain itu, ada juga yang tinggal di Seberang Takir dan Kampung Telaga Batin di Kuala Terengganu. ”Kesemuanya berumur 40 tahun ke atas dan mereka berminat untuk mengusahakan ternakan ini,” katanya.- Utusan Malaysia

Wednesday, June 2, 2010

Pemantauan PPD Bera ke Pendidikan Khas SK Felda Tementi

PPD Bera hari ini melalui pegawainya Encik Zaki melakukan lawatan sambil memantau Program pendidikan Khas SK Felda Tementi.Beliau tiba di sekolah kebangsaan felda tementi kira-kira pukul 10 pagi tadi. Sambil memantau beliau juga memberikan teguran dan nasihat untuk memantapkan lagi program pedidikan khas sk felda tementi khasnya dan pendidikan khas daerah bera secara amnya.

Beliau membuat pemerhatian keatas persekitaran sekolah. memeriksa fail-fail utama, buku rancangan mengajar guru-guru, perhatian keatas murid-murid dan juga memeriksa segala kelengkapan di dalam kelas. Beliau juga ada mencadangkan beberapa perkara dalam menambahbaik lagi keadaan di dalam kelas pendidikan khas sk felda tementi

En Zaki juga turut membuat pemerhatian keatas PPM-PPM SK felda Tementi.Dia memerhatikan fail meja dan menemubual beberapa orang PPM dan Guru SK Felda Tementi. Proses pemantaun dilakukan dengan begitu telus sekali. Beliau juga turut memberi nasihat kepada PPM dalam melaksanakan tugas mereka dengan lebih berkesan.

Akhir sekali En Zaki sempat bermesra dengan beberapa orang pelajar sebelum keluar meninggalkan kami untuk bertemu dengan Guru besar SK Felda Tementi En Abdul Aziz. Kira-kira pukul 12 tengah hari beliau meninggalkan Sk Felda Tementi untuk kembali ke pejabat pendidikan daerah bera untuk tugas menyambung tugas beliau seterusnya.

Tuesday, June 1, 2010

Gelombang terkini boikot barangan israel

Sila boikot barangan berikut






Monday, May 31, 2010

Temuduga jawatan SPRM bermula 1 jun 2010

KUALA LUMPUR 31 Mei (Bernama) — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengadakan sesi temuduga bagi calon-calon yang fasih bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa Mandarin, selama tiga hari bermula esok.


Menurut kenyataan SPRM hari ini, sesi temuduga itu bagi mengisi jawatan Penolong Pegawai Siasatan (P29) dan Pegawai Siasatan (P41) untuk lantikan pengambilan secara kontrak.

Temuduga itu akan diadakan di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), Persiaran Duta, Kuala Lumpur.

"Lanjutan kepada Hari Taklimat Kerjaya yang diadakan pada 9 Mei lepas, SPRM menerima sebanyak 579 biodata permohonan calon-calon yang berminat untuk jawatan yang dinyatakan.

"Daripada jumlah itu, SPRM telah menyenarai-pendek calon-calon yang layak untuk dipanggil temuduga dan surat panggilan telah dihantar kepada calon-calon berkenaan,” kata kenyataan itu. - Bernama

Warga pendidikan khas mendoakan keselamatan peserta konvoi keamanan Gaza dari serangan israel

Kapal misi Gaza diserang, nasib wartawan Malaysia belum diketahui

31/05/2010 3:59pm
KUALA LUMPUR 31 Mei - Seorang wartawan dan seorang jurukamera
stesen televisyen Astro Awani dalam kapal Turki "Mavi Marmara", yang diserang tentera Israel pagi ini dalam misi bantuan ke Gaza, belum diketahui.
Seorang pegawai stesen televisyen itu berkata, mereka cuba menghubungi wartawan Ashwad Ismail, 25, dan jurukamera Shamsul Kamal Latip, 38, sejak 11 pagi tadi tetapi tidak berjaya.
"Kami sedang cuba mendapat maklumat mengenai keadaan mereka melalui pelbagai cara," katanya ketika dihubungi.
Kali terakhir kedua-duanya menghubungi stesen televisyen itu ialah pada 7.45 malam tadi ketika kapal itu sedang berada dekat Gaza manakala rakaman gambar kapal berkenaan diterima di sini awal pagi ini.
Enam lagi rakyat Malaysia yang berada dalam satu lagi kapal, "Rachel Corrie" yang juga dalam misi serupa, dilaporkan selamat.
Mereka terdiri tiga wakil Perdana Global Peace Organisation (PGPO) Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu, Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria serta wartawan Halim Mohamed dan jurukamera Mohd Jufri Judin, kedua-dua dari TV3.
Menurut laporan Al-Jazeera, seramai 15 aktivis terbunuh dan ramai yang cedera apabila komando Israel menyerang kapal Turki itu yang mendahului beberapa kapal lain dalam misi menghantar 5,000 tan bahan binaan, bekalan sekolah dan peralatan perubatan ke Semenanjung Gaza.
Dalam satu SMS kepada PGPO, Shamsul berkata mereka berada 1,600 km dari Gaza.
"Rancangan sekarang ialah untuk meneruskan perjalanan dan berpatah balik jika ada amaran daripada tentera Israel," katanya. - Bernama

Sunday, May 30, 2010

Saturday, May 29, 2010

Ahli politik hina budak syndrom down

Wanita PKR Sifatkan Anggota Keluar Parti Seperti Budak Sindrom Down


KOTA BAHRU, 28 Mei (Bernama) -- Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat(PKR), Zuraidah Kamaruddin pada Jumaat mengakui parti itu melahirkan 'anak tidak cukup bulan' menyebabkan ada yang terencat akal lalu bertindak keluar parti.
"Kita akui, Keadilan sebuah parti baru dan melahirkan anaknya sebagai pemimpin yang tidak cukup bulan. Mana-mana pemimpin yang berjaya dan kekal dalam parti adalah anak istimewa, dan mereka (yang) lompat parti sebagai kanak-kanak yang menghidap sindrom down atau terencat akal," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Keadilan Wanitake-6, di sini, sebagai mengulas pergolakan dalam PKR yang menyaksikan ramai pemimpin dan wakil rakyatnya bertindak keluar parti.
Zuraidah berkata keadaan itu berlaku kerana PKR sebuah parti baru yang cuma berusia 10 tahun.
Beliau juga mengakui jumlah cabang Wanita PKR yang berjaya mengadakan mesyuarat agung berkurangan kepada 106 sahaja tahun ini berbanding 206 pada tahun lepas.
Bagaimanapun perkara itu katanya berpunca daripada usaha pemutihan parti.
-- BERNAMA

Tuesday, May 25, 2010

Mari belajar pocho-pocho versi HK



pocho-pocho ke poco-poco?

Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru

TERIMA KASIH, CIKGU

Saturday, May 15, 2010

Tips Temuduga

Tips ini di terbitkan untuk memberi panduan kepada bakal pekerja untuk lebih bersedia seandainya dipanggil untuk temuduga. Perkongsian maklumat ini bertujuan memberi pengetahuan kepada para graduan atau pencari-pencari kerja dalam perebutan atau persaingan untuk mendapatkan jawatan yang dipohon. Tips ini diperolehi hasil kajian, survey dan pengalaman penulis sendiri. Tidak kira jawatan apa yang di pohon sama ada dalam sektor kerajaan atau swasta seperti guru (kursus perguruan lepas ijazah) kpli, dpli (diploma perguruan lepas ijazah), Guru ganti, Guru sandaran tidak terlatih, temuduga pengesahan lantikan, jawatan jurutera sektor awam atau swasta, kerani, PPM, Pembantu am rendah, juruteknik, pegawai kerajaan, akauntan dan sebagainya. Selalunya sesi temuduga dan soalan yang ditanya hampir sama sahaja tidak kira bidang yang anda ambil.

1. Pastikan Resume dan sijil yang di bawa lengkap
2. Cerita latar belakang diri (hendaklah menarik perhatian)
3. Berpakaian kemas.
4. Sebaiknya cerita tentang kebaikan anda dan cuba tutup segala kelemahan yang ada.
5. Pengetahuan mendalam tentang pekerjaan yang di pohon, paling tidak tahu serba sedikit
6. Pengetahuan am yang tinggi
7. Mengetahui serba sedikit isu-isuterkini
8. Jawab soalan dengan tenang, sopan dan yakin.
9. Doa dan tawakal

Thursday, May 13, 2010

Murid Pendidikan Khas SK Felda Tementi Masuk Akhbar Sinar

Pada 10 mei 2010 murid-murid pendidikan khas SK Felda Tementi menghiasi dada akhbar Sinar. Gambar-gambar tersebut telah dirakamkan oleh wartawan sinar semasa hari pertandingan mewarna 1 Malaysia tempoh hari.

Wednesday, May 12, 2010

Pendidikan Khas dapat tempat pertama dalam pertandingan keceriaan peringkat sekolah

Warga pendidikan khas tementi amat gembira kerana diumumkan sebagai pemenang dalam pertandingan keceriaan peringkat sekolah untuk bulan april. Kelas pendidikan khas menggondol piala pusingan bagi kategori khas yang turut disertai oleh Pra-sekolah A, Pra-sekolah B dan juga kelas pemulihan. Kami juga turut membawa pulang sijil penyertaan. Warga pendidikan khas juga mengucapkan tahniah kepada Ustazah Surina yang menguruskan keceriaan Bilik Gerakan yang turut mendapat tempat pertama bagi kategori Bilik Khas.Bagi kategori kelas Tahap 1 dimenangi oleh kelas 3A manakala kategori kelas tahap 2 dimenangi oleh kelas 5A.Tahniah kepada guru kelas 3A dan 5A yang telah bertungkus-lumus untuk menceriakan kelas mereka. Kepada kelas-kelas lain yang tidak bernasib baik diharap mencuba lagi pada bulan seterusnya kerana adalah adat dalam pertandingan ada yang menang dan pasti ada yang tewas.  Warga pendidikan khas berpuas hati dengan kemenangan ini. Segala penat lelah mereka selama ini dalam menceriakan kelas akhirnya mendapat pengiktirafan daripada para hakim yang bijaksana yang diketuai oleh Tuan Guru besar Tn Hj Abd Aziz B Talib, Puan Azimah (GPK HEM), En Nasarudin (GPK Pentadbiran) dan En Abbas (GPK Koko). Kemenangan ini memberikan semangat baru kepada warga pendidikan khas untuk lebih berusaha dalam menceriakan kelas pendidikan khas.

Tuesday, May 11, 2010

Bertuahnya masuk dalam Kaabah

DATUK Seri Dr Mahathir Mohamad adalah pemimpin negara yang pernah dibenarkan pihak berkuasa Arab Saudi memasuki Kaabah ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah Al Mukarramah pada 1993.


"Perdana Menteri mengerjakan solat dalam rumah Allah itu dan turut berdoa tetapi apa yang didoakan beliau, tiada siapa tahu," cerita bekas pegawai waran Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Rosme Hassan, 45.
Apa yang pasti, katanya, Dr Mahathir sehingga kini dikurniakan kesihatan yang baik walaupun usianya sudah mencecah 77 tahun dan berjaya membangunkan Malaysia sehingga dikenali sebagai negarawan ulung negara.

Rosme yang bertugas dalam jet eksekutif Falcon-900 sebagai kuarter master udara antara 1985 hingga bersara pada 1993, berkata beliau dan beberapa ahli rombongan lain turut mengambil kesempatan itu memasuki Kaabah.
"Saya masih ingat ketika itu kira-kira jam 11.45 malam waktu tempatan, saya terlihat beberapa petugas di situ membawa tangga dan terdetik dalam hati hajat untuk memasuki Kaabah akan tercapai.

"Mereka kemudian meletakkan tangga di tepi dinding Kaabah dan kami dengan didahului Perdana Menteri menaiki tangga berkenaan untuk memasukinya. Sebaik berada dalam Kaabah, saya mendapati keadaan di dalamnya samar-samar tetapi apa yang pasti semua yang berada di dalamnya mengerjakan solat mengikut arah kiblat masing-masing kerana kita berada dalam Kaabah," katanya ketika ditemui di Langkawi.

Rosme berasal dari Kuala Sanglang, Kedah dan dibesarkan di Ipoh, Perak, menyertai TUDM pada 1973 dan bersara pada 1993.
Tugas Kuarter Master udara sama seperti pramugara atau pramugari yang melayani penumpang dalam pesawat biasa, cuma bezanya dengan tugas Rosme ialah beliau dipertanggungjawabkan melayani orang kenamaan yang mengikuti penerbangan menggunakan jet Falcon-900. Tiga juruterbang terlatih dan dua krew kabin menyertai setiap penerbangan ke luar negara dengan jet eksekutif itu yang sering digunakan untuk membawa pemimpin negara dan asing.
Menceritakan pengalaman yang sukar dilupakannya di Kaabah itu, beliau berkata, ramai orang Arab yang berada berhampiran Kaabah menarik-narik kain ihramnya dan apabila ditanya kenapa mereka berbuat demikian, orang Arab itu mengatakan mereka mahu mendapat berkat daripada rombongan negara.

Mereka menyifatkan rombongan daripada Malaysia sebagai bertuah dan dirahmati Allah kerana terpilih oleh-Nya memasuki Kaabah sedangkan tidak semua penduduk Arab mendapat peluang itu.

Keadaan yang agak gawat ketika itu, katanya, memaksa pihak berkuasa Makkah membuat pagar manusia bagi memberi laluan kepada rombongan Perdana Menteri.

Rosme berkata, beliau sebelum itu pernah singgah di Makkah bagi menyahut lambaian Kaabah bersama pemimpin negara yang lain tetapi tidak pernah berpeluang memasukinya.

Selain itu, katanya, ramai tidak tahu Dr Mahathir sebenarnya mampu mendaratkan pesawat dengan baik dan itu pernah dilakukannya beberapa kali.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berbuat demikian dengan ditemani juruterbang berpengalaman dan terlatih yang berada di sebelahnya.

Beliau berkata, tugasnya cukup mudah sepanjang mengikuti penerbangan bersama Dr Mahathir kerana beliau adalah seorang yang berdisiplin tinggi dan menghargai masa.

"Bagi hidangan pertama sebaik memulakan penerbangan, beliau lazimnya akan mengeluarkan bekalan yang dibawanya iaitu daging dinding, daging yang dihiris halus dan ditambah serbuk lada.

"Kemudian, barulah kami menyediakan hidangan seterusnya selepas masa makan ditetapkan beliau. Kami juga memaklumkan kepada isterinya, Datin Seri Dr Siti Hasmah Mohd Ali mengenai menu hidangan," katanya sambil menambah ada sebuah kamar dalam pesawat itu yang dilengkapi dapur untuk memanaskan hidangan.
Jika penerbangan mengambil masa lama, katanya, Dr Mahathir lebih suka duduk berseorangan dan tidak mahu diganggu sambil tangan mencatat sesuatu pada buku nota kecil. Beliau juga tidak mahu diganggu dengan bunyi muzik atau pemain visual dalam pesawat kerana mahukan keadaan yang senyap dan tenang.

Rosme berkata, Dr Mahathir juga pernah memasuki kokpit (kamar juruterbang) ketika penerbangan dalam negara dan bertanya juruterbang masa sampai ke destinasi dan keadaan cuaca ketika itu. Juruterbang juga akan menceritakan mengenai peralatan dalam kokpit.

Berdasarkan pengalamannya bersama Perdana Menteri Rosme berkata, beliau secara peribadi menghormati dan menyanjung tinggi keperibadian Dr Mahathir.

Justeru, katanya, cerita negatif yang diada-adakan menyentuh peribadi Dr Mahathir di luar negara disifatkannya sebagai karut semata-mata dan tidak lain hanya bertujuan menjejaskan kewibawaannya sebagai pemimpin ulung negara.

Monday, May 10, 2010

Cara memohon jawatan guru ganti di sekolah

Jika ada kekosongan guru kerana cuti bersalin dan sebagainya. Sila hubungi guru besar atau pengetua sekolah terbabit beserta dengan resume dan sijil. Guru besar atau pengetua akan menemuduga dan jika sesuai anda akan dipertimbangkan untuk jawatan guru ganti di sekolah terbabit.

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu

Warga pendidikan khas mengucapkan selamat hari ibu kepada semua wanita yang bergelar ibu. Jasa Ibu takkan dapat kami balas. Hanya doa dapat kami pohon semoga semua ibu didunia ini sentiasa berbahagia di dunia dan akhirat.

Ingatlah Kepada Ibumu

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!

Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepatmarah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu

Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Wednesday, May 5, 2010

Cara Memohon Jawatan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Pendidikan Khas

PEMBANTU PENGURUSAN MURID Gred N17


P1T1 RM820.38 – P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81– P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75– P3T24 RM2397.95

Syarat Kelayakan

PEMBANTU PENGURUSAN MURID GRED N17


(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
(b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
UMUR

Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun; dan
Pegawai sedang berkhidmat yang layak di bawah Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

TARAF JAWATAN

Taraf jawatan adalah tetap.

PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

Calon yang memasuki perkhidmatan seperti perenggan 2.1 hingga 2.9 adalah tertakluk kepada syarat-syarat dalam Skim Perkhidmatan yang berkuatkuasa serta pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
 
CARA MEMOHON


Permohonan hendaklah dikemukakan secara ONLINE di Portal SPP http://www.spp.gov.my. Semua pegawai awam yang berminat juga hendaklah mengemukakan permohonan dengan menggunakan kaedah yang sama. Calon boleh memohon lebih dari satu jawatan namun panggilan temu duga akan ditentukan oleh Suruhanjaya mengikut keutamaan.
CALON YANG MEMILIKI KELAYAKAN SPM TERBUKA
Calon yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sistem Terbuka hendaklah mempunyai kelayakan minima seperti berikut:

(a) lulus 6 mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia/Melayu dengan 2 mata pelajaran di peringkat kepujian dan selebihnya lulus dalam satu peperiksaan; atau

(b) lulus 6 mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia/Melayu dengan 2 mata pelajaran di peringkat kepujian dan selebihnya lulus dalam 2 peperiksaan yang dikumpulkan dalam tempoh 3 tahun berturut-turut.

Permohonan yang tidak memenuhi syarat kelayakan di atas TIDAK akan dipertimbangkan.

ASAS TAPISAN

Suruhanjaya berhak menetapkan asas tapisan untuk menentukan jumlah calon yang sesuai untuk dipanggil temuduga.
PERINGATAN

Semua maklumat yang dikemukakan di dalam borang permohonan adalah dianggap BENAR. Jika terdapat sebarang penipuan berkaitan maklumat yang diberikan, permohonan akan dibatalkan serta merta dan nama pemohon akan disenaraihitamkan.

PEMBERITAHUAN MENGENAI CALON TIDAK BERJAYA Calon yang dipanggil temu duga tetapi tidak berjaya akan dimaklumkan mengenainya manakala calon yang memohon tetapi tidak dipanggil temu duga bermakna permohonan tersebut masih belum melepasi asas tapisan yang ditetapkan.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan ke pejabat SPP di talian 0388717300 atau emel di alamat aks@spp.gov.my.

Monday, May 3, 2010

Anugerah gigi paling bersih

Pada perhimpunan mingguan sekolah kebangsaan felda tementi pagi ini. Guru pendidikan khas Puan Mazliawati mengumumkan pemenang anugerah gigi bersih, senyuman cantik pendidikan khas bermasalah pembelajaran SK Felda Tementi. Hadiah berupa hamper disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran SKFT En Nasaruddin dan disaksikan oleh hampir 300 orang warga sekolah SKFT.
        

Pertandingan ini dijalankan selama sebulan dinilai sebanyak 3 kali dalam seminggu. Murid yang mendapat markah tertinggi setelah dikumpulkan markah selama sebulan akan membawa pulang hamper yang disediakan oleh guru-guru pendidikan khas. Pertandingan ini diadakan untuk memberi galakan kepada murid-murid untuk sentiasa menjaga kebersihan gigi mereka.


Sunday, May 2, 2010

Pertandingan gigi bersih, Senyuman cantik

Sepanjang bulan April 2010, Warga Pendidikan Khas Sekolah kebangsaan Felda Tementi telah mengadakan pertandingan gigi bersih, senyuman cantik untuk mengisi slot pengurusan diri. Setiap hari guru-guru akan menilai kebersihan mulut dan gigi semua murid pendidikan khas dan diberi markah. Murid yang mendapat markah tertinggi akan membawa pulang hadiah yang lumayan yang akan di serahkan pada perhimpunan pagi 3 mei 2010 oleh Tuan Guru Besar SK Felda Tementi.
Gambar peserta yang mengambil bahagian sebelum dinilai kebersihan gigi mereka.

Keputusan para hakim dicatatkan dan di pamerkan

Panel hakim yang membuat penilaian yang dijamin telus dan adil.

Tuesday, April 27, 2010

Sunday, April 25, 2010

Tahniah BN

Kami warga pendidikan khas mengucapkan tahniah kepada BN kerana memenangi pilihanraya kecil P94 di Hulu Selangor. Semoga golongan OKU terus dibantu. Terima Kasih

Friday, April 23, 2010

Cara Memohon Jawatan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) Pendidikan Khas

Cara 1
Pergi ke JPN negeri. Tinggalkan Resume anda di Sektor Pendidikan Khas JPN negeri masing-masing. Pastikan anda berjumpa dengan wakil dari sektor pendidikan khas JPN. Kemudian tunggu jawapan dari JPN sekiranya berjaya anda akan dipanggil untuk temuduga di bahagian pendidikan khas negeri. Jika lulus temuduga anda akan dihantar bertugas dimana-mana sahaja daerah dalam negeri masing-masing.

Pengambilan guru GSTT adalah pada awal tahun sesi persekolahan

Cara 2
Hantar surat permohonan beserta Resume anda dan alamatkan kepada

KETUA SEKTOR PENDIDIKAN KHAS

JABATAN PELAJARAN PAHANG
Bandar Indera Mahkota,
25604 Kuantan, Pahang
No. Tel: 09-5715700 No. Faks: 09-5734857
Alamat e-mel: jpn.pahang@pah.moe.gov.my

Jalan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,

Persiaran Duta, Off Jalan Duta, 50604 Kuala Lumpur.
No. Tel: 03-62037777 No. Faks: 03-62037788
Laman Web: JPN Wilayah Persekutuan KL

JABATAN PELAJARAN PERLIS

Jalan Tun Abdul Razak, 01990 Kangar, Perlis.
No. Tel: 04-9761177 No. Faks: 04-9767080
Laman Web: JPN Perlis

JABATAN PELAJARAN KEDAH
Kompleks Wisma Pelajaran
Jalan Stadium, 05604 Alor Star, Kedah Darul Aman.
No. Tel: 04-7331311 No. Faks: 04-7317242
Laman Web: JPN Kedah

JABATAN PELAJARAN PULAU PINANG

Jalan Bukit Gambir, 11700 Pulau Pinang.
No. Tel: 04-6575500 No. Faks: 04-6582500
Laman Web: JPN Pulau Pinang

JABATAN PELAJARAN PERAK

Jalan Tun Abdul Razak, 30640 Ipoh, Perak
No. Tel: 05-5015000 No. Faks: 05-5277273
Laman Web: JPN Perak
Alamat e-mel: jpn@prk.moe.gov.my

JABATAN PELAJARAN SELANGOR

Jalan Jambu Bol 4/3E, Seksyen 4,
40604 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
No. Tel: 03-55186500 No. Faks: 03-55102133
Laman Web: JPN Selangor
Alamt e-mel: jpn.selangor@sel.moe.gov.my

JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN

Jalan Dato’ Hamzah, 70990 Seremban, N.Sembilan
No. Tel: 06-7653100 No. Faks: 06-7639969
Laman Web: JPN Negeri Sembilan
Alamat e-mel: jpn.nsembilan@moe.gov.my

JABATAN PELAJARAN MELAKA

Jalan Istana, 75450 Bukit Beruang, Melaka
No. Tel: 06-2323776/777/778/779
No. Faks: 06-2320500
Laman Web: JPN Melaka
Alamat e-mel: aduan@mel.moe.gov.my

JABATAN PELAJARAN JOHOR

Wisma Pendidikan, Jalan Tun Abdul Razak,
80604 Johor Bahru, Johor.
No. Tel: 07-2332200 No. Faks: 07-2385789
Laman Web: JPN Johor
Alamat e-mel: jpn.johor@joh.moe.gov.my


JABATAN PELAJARAN KELANTAN

Jalan Doktor, 15000 Kota Bahru, Kelantan
No. Tel: 09-7418001 No. Faks: 09-7482554
Laman Web: JPN Kelantan
Alamat e-mel: webmaster.kel@kel.moe.gov.my


JABATAN PELAJARAN TERENGGANU
Jalan Bukit Kecil, 20604 Kuala Terengganu, Terengganu
No. Tel: 09-6244500 No. Faks: 09-6227207
Laman Web: JPN Terengganu

Kemudian tunggu jawapan dari JPN


Jika ada kekosongan permohonan anda akan dipertimbangkan.
Pengambilan guru GSTT selalunya pada awal tahun sesi persekolahan

Wednesday, April 21, 2010

Pemenang-pemenang Pertandingan Mewarna 1 Malaysia

Kategori A Sekolah Rendah

1. Nurul Hafira Bt Yaakob       SK Durian Tawar
2. Nor Anas Hamizan               SK Durian Tawar
3. Adham Fahmi                       SK Purun

Kategori B Sekolah Rendah

1. Shahrizal                          SK Tementi
2. Afiq Zairen                       SK Durian Tawar
3. Siti Anisah                        SK Purun

Kategori Sekolah Menengah

1. Muhamad Faiz                 SMK Bera
2. Siti Azura                         SMK Bera
3. Noor Atikah Mustafa       SMK Bera

Kategori Guru Dan PPM

1. Anis Maddana                 SK Bukit Mendi
2. Norzatilah Muhd              SK Tementi
3. Azlina Aziz                       SMK Bera

Tapak Perkhemahan Ramsar Tasek Bera, Pahang

Pendidikan khas akan mengadakan perkhemahan peringkat daerah Bera di Tapak perkhemahan Ramsar Tasek Bera, Pahang. Tarikh perkhemahan masih belum ditetapkan. Berikut gambar tapak perkhemahan yang diambil oleh deligasi guru-guru pendidikan khas yang melawat tapak perkhemahan tersebut. Guru-guru tersebut ialah 2 orang Guru SMK Purun yang diketuai oleh Cikgu Suhar, 2 orang guru SMK Bera Bandar 32 iaitu Cikgu Azlina dan Cikgu Rahman, manakala 2 orang wakil dari SK Tementi ialah cikgu Fadzli dan Cikgu Alias.








Sila Klik iklan dibawah untuk membantu kami mendapatkan dana