Klik pada iklan dibawah untuk membantu kami mendapatkan dana tiada bayaran dikenakan keatas anda
Search This Blog
Wednesday, May 12, 2010
Pendidikan Khas dapat tempat pertama dalam pertandingan keceriaan peringkat sekolah
Warga pendidikan khas tementi amat gembira kerana diumumkan sebagai pemenang dalam pertandingan keceriaan peringkat sekolah untuk bulan april. Kelas pendidikan khas menggondol piala pusingan bagi kategori khas yang turut disertai oleh Pra-sekolah A, Pra-sekolah B dan juga kelas pemulihan. Kami juga turut membawa pulang sijil penyertaan. Warga pendidikan khas juga mengucapkan tahniah kepada Ustazah Surina yang menguruskan keceriaan Bilik Gerakan yang turut mendapat tempat pertama bagi kategori Bilik Khas.Bagi kategori kelas Tahap 1 dimenangi oleh kelas 3A manakala kategori kelas tahap 2 dimenangi oleh kelas 5A.Tahniah kepada guru kelas 3A dan 5A yang telah bertungkus-lumus untuk menceriakan kelas mereka. Kepada kelas-kelas lain yang tidak bernasib baik diharap mencuba lagi pada bulan seterusnya kerana adalah adat dalam pertandingan ada yang menang dan pasti ada yang tewas. Warga pendidikan khas berpuas hati dengan kemenangan ini. Segala penat lelah mereka selama ini dalam menceriakan kelas akhirnya mendapat pengiktirafan daripada para hakim yang bijaksana yang diketuai oleh Tuan Guru besar Tn Hj Abd Aziz B Talib, Puan Azimah (GPK HEM), En Nasarudin (GPK Pentadbiran) dan En Abbas (GPK Koko). Kemenangan ini memberikan semangat baru kepada warga pendidikan khas untuk lebih berusaha dalam menceriakan kelas pendidikan khas.
Blog ini adalah hasil daripada luahan fikiran daripada pembacaan dan pemerhatian saya. Ada diantara fakta dan gambar dlm blog ini yang diambil dari sumber lain samada sengaja atau tidak sengaja. Kredit kepada segala sumber yang digunakan dalam menghasilkan blog ini. Sekiranya anda merasakan fakta atau gambar yang diambil melanggar hak anda, saya memohon kemaafan dan berharap agar Anda dapatmenyatakan kpd saya dan saya akan padam artikel/gambar/apa2 tersebut sekiranya diminta.
No comments:
Post a Comment