Klik pada iklan dibawah untuk membantu kami mendapatkan dana tiada bayaran dikenakan keatas anda

Search This Blog

Monday, May 3, 2010

Anugerah gigi paling bersih

Pada perhimpunan mingguan sekolah kebangsaan felda tementi pagi ini. Guru pendidikan khas Puan Mazliawati mengumumkan pemenang anugerah gigi bersih, senyuman cantik pendidikan khas bermasalah pembelajaran SK Felda Tementi. Hadiah berupa hamper disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran SKFT En Nasaruddin dan disaksikan oleh hampir 300 orang warga sekolah SKFT.
        

Pertandingan ini dijalankan selama sebulan dinilai sebanyak 3 kali dalam seminggu. Murid yang mendapat markah tertinggi setelah dikumpulkan markah selama sebulan akan membawa pulang hamper yang disediakan oleh guru-guru pendidikan khas. Pertandingan ini diadakan untuk memberi galakan kepada murid-murid untuk sentiasa menjaga kebersihan gigi mereka.


No comments:

Post a Comment

Sila Klik iklan dibawah untuk membantu kami mendapatkan dana