Klik pada iklan dibawah untuk membantu kami mendapatkan dana tiada bayaran dikenakan keatas anda

Search This Blog

Mari Melabur

Melaburlah di usia muda untuk kesenangan diri dan keluarga di masa akan datang.

Melabur di dalam ASB merupakan pelaburan paling senang dan selamat. Maybank, RHB dan CIMB ada menyediakan skim pinjaman ASB sehingga RM400,000.00 . Berikut saya lampirkan jadual terkini skim pinjaman tersebut.

RHB Easy-ASB

Pinjaman ini lebih menguntungkan jika kita meminjam dalam jangka masa yang panjang. Sebagai contoh pinjam RM 100,000 untuk 25 tahun. 5 tahun pertama hanya perlu bayar RM 386 sebulan. Dividen yang akan diperolehi setiap tahun tidak kurang dari RM 7000. Jika dihitung bayaran ansuran setahun berjumlah
RM386x12 = RM 4632.
Maksudnya setiap tahun anda untung sebanyak
RM7000-RM 4632 = RM 2368
Kita boleh memaksimumkan keuntungan jika wang dividen yang diperolehi turuut dilaburkan untuk tahun berikutnya.

Dividen untuk 5 tahun pertama sekurang-kurangnya
RM7000 X 5 = RM35000

Jika Dividen ini dilaburkan semula maka jumlah dividen untuk 5 tahun pertama menjadi RM43000 (pengiraan tidak ditunjukkan kerana perlu mengira dividen setiap tahun).

Jumlah Pelaburan pada tahun keenam ialah
RM100000 + RM43000 = RM143000

Manakala untuk 20 tahun berikutnya anda perlu membayar sebanyak RM 636 sebulan
Bayaran ansuran setahun pada tahun keenam ialah RM636 X 12 = RM7632
manakala dividen untuk tahun keenam untuk RM 143000 ialah RM 10000
Keuntungan pada tahun keenam ialah RM 10000 - RM 7632 = RM2368

Apalagi Marilah Melabur....Laburlah untuk anak-anak anda


Pinjaman ASB Maybank


Pengiraan keuntungan pinjaman ASB maybank sangat senang

Contoh pinjam RM100000 selama 25 tahun. Ansuran bulanan sebanyak RM 538

Keuntungan setahun
Bayaran ansuran setahun ialah RM538 X 12 = RM 6456
Anggaran Dividen ASB setahun RM7500 untuk pinjaman RM100000
Untung setahun ialah RM7500 - RM 6456 = RM1044

Jumlah pendapatan dividen untuk 25 tahun= RM7500X25 = RM187500
Sijil ASB boleh ditukar kepada wang tunai selepas 25 tahun menjadikan
Jumlah pendapatan = RM187500+RM100000 = RM287500

Pengiraan keuntungan selepas 25 tahun
Bayaran ansuran 25 tahun ialah RM538 X 12 Bulan X 25 tahun = RM161400
Keuntungan ialah = Jumlah pendapatan - Bayaran ansuran
                          = RM287500 - RM 161400
                          = RM 126100

Pendapatan ini boleh digandakan lagi jika wang dividen dilaburkan kembali dalam ASB. Esok saya akan masukkan pengiraannya

Pinjaman ASB CIMB

Sila Klik iklan dibawah untuk membantu kami mendapatkan dana