Klik pada iklan dibawah untuk membantu kami mendapatkan dana tiada bayaran dikenakan keatas anda

Search This Blog

Wednesday, May 5, 2010

Cara Memohon Jawatan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Pendidikan Khas

PEMBANTU PENGURUSAN MURID Gred N17


P1T1 RM820.38 – P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81– P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75– P3T24 RM2397.95

Syarat Kelayakan

PEMBANTU PENGURUSAN MURID GRED N17


(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
(b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
UMUR

Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun; dan
Pegawai sedang berkhidmat yang layak di bawah Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

TARAF JAWATAN

Taraf jawatan adalah tetap.

PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN

Calon yang memasuki perkhidmatan seperti perenggan 2.1 hingga 2.9 adalah tertakluk kepada syarat-syarat dalam Skim Perkhidmatan yang berkuatkuasa serta pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
 
CARA MEMOHON


Permohonan hendaklah dikemukakan secara ONLINE di Portal SPP http://www.spp.gov.my. Semua pegawai awam yang berminat juga hendaklah mengemukakan permohonan dengan menggunakan kaedah yang sama. Calon boleh memohon lebih dari satu jawatan namun panggilan temu duga akan ditentukan oleh Suruhanjaya mengikut keutamaan.
CALON YANG MEMILIKI KELAYAKAN SPM TERBUKA
Calon yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sistem Terbuka hendaklah mempunyai kelayakan minima seperti berikut:

(a) lulus 6 mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia/Melayu dengan 2 mata pelajaran di peringkat kepujian dan selebihnya lulus dalam satu peperiksaan; atau

(b) lulus 6 mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia/Melayu dengan 2 mata pelajaran di peringkat kepujian dan selebihnya lulus dalam 2 peperiksaan yang dikumpulkan dalam tempoh 3 tahun berturut-turut.

Permohonan yang tidak memenuhi syarat kelayakan di atas TIDAK akan dipertimbangkan.

ASAS TAPISAN

Suruhanjaya berhak menetapkan asas tapisan untuk menentukan jumlah calon yang sesuai untuk dipanggil temuduga.
PERINGATAN

Semua maklumat yang dikemukakan di dalam borang permohonan adalah dianggap BENAR. Jika terdapat sebarang penipuan berkaitan maklumat yang diberikan, permohonan akan dibatalkan serta merta dan nama pemohon akan disenaraihitamkan.

PEMBERITAHUAN MENGENAI CALON TIDAK BERJAYA Calon yang dipanggil temu duga tetapi tidak berjaya akan dimaklumkan mengenainya manakala calon yang memohon tetapi tidak dipanggil temu duga bermakna permohonan tersebut masih belum melepasi asas tapisan yang ditetapkan.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan ke pejabat SPP di talian 0388717300 atau emel di alamat aks@spp.gov.my.

No comments:

Post a Comment

Sila Klik iklan dibawah untuk membantu kami mendapatkan dana