Klik pada iklan dibawah untuk membantu kami mendapatkan dana tiada bayaran dikenakan keatas anda

Search This Blog

Thursday, November 11, 2010

UPSR 2010:SK Felda Tementi Cemerlang

Tahniah kepada murid-murid tahun 6 SK Felda Tementi yang mendapat keputusan paling cemerlang dalam sejarah sekolah apabila 8 orang muridnya mendapat 5A.SK tementi berada di kedudukan kedua antara sekolah-sekolah felda di dalam daerah Bera. Tahniah juga kepada guru-guru tahun 6 yang telah bertungkus lumus dan berhempas pulas untuk memberikan ilmu yang terbaik kepada murid murid tahun 6. Tahniah juga kepada Guru Besar SK Felda Tementi En Ab Aziz B Talib yang sentiasa memberikan dorongan dan semangat kepada semua murid dan guru secara langsung dan juga secara tidak langsung demi kejayaan cemerlang murid-murid dalam peperiksaan UPSR dan segala bidang yang lain. Tahniah juga kepada guru-guru SK Felda Tementi yang sentiasa memberikan kerjasama yang terbaik dalam segala aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah. Berikut ialah senarai murid yang mendapat keputusan cemerlang SK Felda Tementi.

1. Muhammad Idlan B Abdullah Sani
2. Siti Nuraqilah Bt Rohmat
3. Saufinaziha Bt Mohd Hamdan
4. Norhazwana Nabila Bt M.Desa
5.Rosnitawati Binti Ramli
6.Norfadhilah Nazihah Bt Mohd Zamri
7.Farisya Nadira Bt Shamsul Kamal
8.Alisya Dalila Bt Shamsul Kamal

Terima kasih kepada Cikgu Hilmi yang menyediakan video semasa murid-murid menerima keputusan UPSR semalam.

Semoga kejayaan SK Felda Tementi yang cemerlang ini akan berterusan untuk tahun-tahun berikutnya. Amin.

No comments:

Post a Comment

Sila Klik iklan dibawah untuk membantu kami mendapatkan dana