Klik pada iklan dibawah untuk membantu kami mendapatkan dana tiada bayaran dikenakan keatas anda

Search This Blog

Wednesday, June 2, 2010

Pemantauan PPD Bera ke Pendidikan Khas SK Felda Tementi

PPD Bera hari ini melalui pegawainya Encik Zaki melakukan lawatan sambil memantau Program pendidikan Khas SK Felda Tementi.Beliau tiba di sekolah kebangsaan felda tementi kira-kira pukul 10 pagi tadi. Sambil memantau beliau juga memberikan teguran dan nasihat untuk memantapkan lagi program pedidikan khas sk felda tementi khasnya dan pendidikan khas daerah bera secara amnya.

Beliau membuat pemerhatian keatas persekitaran sekolah. memeriksa fail-fail utama, buku rancangan mengajar guru-guru, perhatian keatas murid-murid dan juga memeriksa segala kelengkapan di dalam kelas. Beliau juga ada mencadangkan beberapa perkara dalam menambahbaik lagi keadaan di dalam kelas pendidikan khas sk felda tementi

En Zaki juga turut membuat pemerhatian keatas PPM-PPM SK felda Tementi.Dia memerhatikan fail meja dan menemubual beberapa orang PPM dan Guru SK Felda Tementi. Proses pemantaun dilakukan dengan begitu telus sekali. Beliau juga turut memberi nasihat kepada PPM dalam melaksanakan tugas mereka dengan lebih berkesan.

Akhir sekali En Zaki sempat bermesra dengan beberapa orang pelajar sebelum keluar meninggalkan kami untuk bertemu dengan Guru besar SK Felda Tementi En Abdul Aziz. Kira-kira pukul 12 tengah hari beliau meninggalkan Sk Felda Tementi untuk kembali ke pejabat pendidikan daerah bera untuk tugas menyambung tugas beliau seterusnya.

No comments:

Post a Comment

Sila Klik iklan dibawah untuk membantu kami mendapatkan dana