Klik pada iklan dibawah untuk membantu kami mendapatkan dana tiada bayaran dikenakan keatas anda

Search This Blog

Thursday, July 8, 2010

Skim bantuan pelajar OKU dinaikkan RM5,000

KUALA LUMPUR 7 Julai - Skim pembiayaan bantuan kewangan kepada pelajar orang kurang upaya (OKU) yang sebelum ini diberi kepada penuntut sepenuh masa kini diperluas kepada separuh masa dengan jumlah pembiayaan turut dinaikkan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (gambar) berkata, kerajaan telah meluluskan kenaikan pembiayaan bantuan kewangan kepada golongan itu daripada RM3,600 kepada RM5,000 setahun bermula tahun ini.

Menurutnya, ini bermakna penuntut OKU di institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan secara sepenuh masa serta separuh masa akan diberi bantuan RM20,000 sepanjang tempoh pengajian mereka.

"Sebelum ini penuntut OKU sepenuh masa hanya diberi bantuan sara hidup RM300 sebulan atau RM3,600 setahun iaitu RM14,400 sepanjang tempoh pengajian. Namun, selepas ini mereka akan RM5,600 untuk tempoh empat tahun atau RM1,400 setahun.

"Bagi penuntut OKU separuh masa ataupun secara pengajian jarak jauh, bantuan yang diberikan adalah RM5,000 setahun atau RM20,000 sepanjang tempoh pengajian meliputi kos yuran pengajian sahaja," katanya.

Beliau mengumumkan perkara tersebut ketika mengadakan pertemuan dan sesi soal jawab dengan 15 mahasiswa OKU Universiti Malaya (UM) di sini hari ini.

Pertemuan itu turut dihadiri Naib Canselor UM, Profesor Datuk Dr. Gauth Jasmon.

Mohamed Khaled memberitahu, skim itu kini meliputi semua kategori penuntut yang mengikuti pengajian peringkat diploma dan ke atas di IPT tempatan serta swasta, politeknik dan kolej komuniti yang di bawah pengurusan serta kawalan kementerian.

Beliau berkata, kementerian memperuntukkan RM4.4 juta bagi membiayai mahasiswa OKU di bawah skim bantuan kewangan itu.

"Jumlah peruntukan ini merupakan peningkatan 94 peratus atau RM2.15 juta berbanding RM2.26 juta tahun lalu," katanya.

Jelas beliau, syarat utama bagi penuntut OKU mendapat bantuan kewangan adalah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan mengikuti kursus diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

Mohamed Khaled memberitahu, perluasan program bantuan kewangan itu akan membolehkan 450 mahasiswa OKU mendapat faedah berbanding 330 orang sebelum ini.

Dari 2006 hingga tahun lalu, kementerian telah menyediakan bantuan kewangan untuk 1,205 penuntut OKU dengan purata tajaan baru 330 orang setahun.

Penuntut OKU yang mengikuti program pendidikan khas di politeknik dalam tempoh yang sama pula adalah 478 orang.

1 comment:

  1. Time kaseh Dato' Seri Najib atas keprihatinan anda terhadap insan2 yg kurang bernasib baik.. We love you..

    ReplyDelete

Sila Klik iklan dibawah untuk membantu kami mendapatkan dana