Klik pada iklan dibawah untuk membantu kami mendapatkan dana tiada bayaran dikenakan keatas anda

Search This Blog

Saturday, March 27, 2010

Hujan membawa rahmat

Hujan setiap petang di bera dan triang bermula minggu lepas membawa rahmat kepada warga pendidikan khas di mana kebun pertanian mereka membuahkan hasil seperti yang diharapkan.
 
Pokok bendi yang ditanam oleh murid-murid pendidikan khas felda tementi di dalam polibag yang disumbangkan oleh pejabat felda tementi. Terima kasih kepada Guru Besar SK Felda Tementi yang menyarankan kepada kami untuk membuat permohonan sumbangan tersebut. Gambar bawah menunjukkan Puan Surina sedang menunjukkan cara-cara memetik sayur bendi kepada murid-murid kelas al-abbas.

Monday, March 22, 2010

Semangat tidak hilang

Hari ini semua murid, guru dan ppm bersemangat menjalankan tugas masing-masing. Seronok sungguh memerhatikan tingkah laku mereka. Hubungan yang erat antara warga pendidikan khas amat kukuh seperti dalam keluarga sendiri. Sesi persekolahan hari ini berjalan lancar dengan kehadiran yang amat memuaskan. tahniah warga pendidikan khas.

Kelihatan husna dan Izam dari kelas Al-dinawari disamping Cik Rosfaradila (guru) dan Cik Fadzliyana (ppm).

Ini pula gambar kelas al-abbas yang sedang belajar matematik. Guru mereka En Fadzli sedang mengambil gambar.

Sunday, March 21, 2010

Semua orang adalah bakal oku

Kenapa semua orang bakal oku? Ini adalah kerana badan kita sekarang sihat lama kelamaan bakal mengalami kurang upaya contohnya sakit-sakit pinggang, sakit lutut, sakit bahu dan sebagainya. Mata kita sekarang boleh melihat lama kelamaan akan menjadi semakin pudar, kelabu dan akhirnya rabun iaitu oku penglihatan. Telinga kita bisa mendengar lama-lama semakin kelam , sayup-sayup dimana ianya dipanggil oku pendengaran. Dan Otak kita pintar memikir lama kelamaan menjadi semakin perlahan, nyanyuk ataupun bolehlah dikelaskan sebagai oku bermasalah pembelajaran. lantas aku menyarankan kerajaan menawarkan tempat kepada semua bakal oku ke dalam kelas pendidikan khas dan diberi elaun bulanan.insyaallah jadi kita jangan abaikan golongan oku kerana kita juga tiada bezanya dengan mereka. Salam dari bakal oku kepada bakal oku.

Cuti sekolah sudah berakhir

Hari ini tamatlah sudah cuti sekolah pertengahan penggal pertama sesi persekolahan 2010. Esok sesi persekolahan bermula kembali. Semua guru yang seronok bercuti diharap berseronok juga untuk kembali ke sekolah. Semua murid pendidikan khas sudah tentunya ghairah dan bersemangat untuk meneruskan sesi persekolahan mereka. Seminggu berikut sudah tentu akan dipenuhi dengan sesi bercerita tentang percutian masing-masing. Esok jangan lupa warga pendidikan khas bangun awal untuk ke sekolah. Hooray.

Wednesday, March 17, 2010

Ibu cuti 9 bulan tanpa gaji

JOHOR BAHRU 11 Mac - Pengorbanan seorang jururawat Hospital Sultanah Aminah (HSA) mengambil cuti sembilan bulan tanpa gaji bagi memastikan anaknya yang kurang upaya bersedia untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), nyata berbaloi.

Usaha gigih Zainab Sohod, 46, membantu Rehana Bakhrudin, 20, membuahkan hasil apabila anak sulungnya itu diumumkan sebagai salah seorang penerima anugerah pelajar cemerlang kategori calon istimewa.

Baginya, kejayaan Rehana yang mendapat 1A (Agama Islam), 1B (Sains), 4C (Bahasa Melayu, Sejarah, Perdagangan dan Matematik) dan 2D (Ekonomi dan Bahasa Inggeris) adalah hadiah kepada dia dan suaminya memandangkan keadaan diri anaknya tidak seperti insan normal lain.

Rehana yang menghidap penyakit cerebral palsy sejak kecil berkomunikasi menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) dan komputer dengan ahli keluarga, guru dan rakan-rakannya.

"Saya sangat gembira dan bersyukur dengan apa yang diperoleh. Terkejut dengan pencapaiannya, namun saya dan suami sangat gembira.

"Semoga kejayaannya itu menjadi teladan kepada adik-adiknya nanti," katanya semasa ditemui selepas majlis pengumuman keputusan SPM 2009 di sini hari ini.

Turut menerima anugerah sama ialah K.V Nadeera dari Sekolah Menengah Kebangsaan Infant Convent, Mohamad Saifuddin Ishak (Maktab Sultan Abu Bakar) dan Lo Yee Wah (Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Indera Putra Kulai).

Zainab memberitahu, tempoh sembilan bulan itu digunakan sepenuhnya untuk menghantar dan menjemput Rehana pergi dan pulang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara 2.

Menurutnya, anaknya itu tidak pernah mengambil kelas tambahan melainkan bergantung sepenuhnya kepada pengajaran dan pembelajaran di sekolah, buku rujukan, latihan dan kerja rumah.

"Rehana sudah belajar menggunakan komputer sejak berusia sembilan tahun manakala semasa belajar di sekolah, dia akan menggunakan komputer riba untuk berkomunikasi dengan guru dan rakannya," katanya.

Penyakit Cerebral palsy merupakan sejenis kekacauan atau gangguan kendalian terhadap fungsi motorik disebabkan oleh kerosakan pada otak yang sedang berkembang.

Pelajar cacat penglihatan tempah kejayaan

Kepayahan mendapat bahan pembelajaran yang lengkap dalam tulisan Braille tidak pernah mematahkan semangat seorang pelajar cacat penglihatan Young Chee Yaw, 19, meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Chee Yaw dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Lintang di sini memperoleh keputusan A- dalam mata pelajaran Sejarah dan tiga B+ bagi mata pelajaran Pengajian Am, Pengajian Perniagaan dan Bahasa Malaysia.

Anak bongsu daripada tiga beradik yang cacat penglihatan sejak dilahirkan itu memang tidak menafikan yang dia menempuh banyak halangan bagi mendapatkan bahan pembelajaran untuk orang sepertinya.

''Apabila memperoleh keputusan pada hari ini memang ia di luar jangkaan saya.

''Bagaimanapun saya begitu gembira kerana hasil didikan guru serta usaha gigih diri sendiri telah membuahkan hasil yang membanggakan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Chee Yaw berkata, dia tidak pernah berputus asa meskipun mempunyai pelbagai halangan serta kepayahan dalam menuntut ilmu kerana sentiasa menerima sokongan para guru pendidikan khas.

Katanya, selain itu, sokongan kawan baiknya, Loh Wei Siong, pelajar istimewa yang menerima anugerah cemerlang Majlis Peperiksaan Malaysia juga telah banyak membantunya.

''Apabila saya berdepan dengan masalah dalam pembelajaran, saya akan berbincang dengan Wei Siong," ujarnya.

Sementara itu, pelajar cemerlang SMK Tun Abang Haji Openg yang juga anak seorang nelayan dari Kampung Tebelu, Sebuyau, dekat sini, Siti Amyruul Salina Rusali, 20, berkata, dia tidak menjadikan kesusahan hidup keluarganya sebagai penghalang dalam mencapai kejayaan di bidang akademik.

Menurutnya, kejayaan hari ini akan merangsang dirinya mencipta kejayaan yang lebih cemerlang apabila ditawarkan melanjutkan pengajian di universiti kelak.

Beliau yang memperoleh tiga A dan satu B bercita-cita melanjutkan pengajian dalam jurusan pendidikan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim.

''Walaupun kehidupan keluarga susah, namun saya bersyukur ayah dan ibu memahami kepentingan akademik dengan memberi galakan meskipun mereka tidak berkemampuan menyediakan bahan pembelajaran.

''Namun bagi saya, kata-kata dorongan mereka lebih berkesan sementara bahan pembelajaran boleh dipinjam daripada guru atau rakan-rakan yang lain," ujarnya yang terpaksa berjauhan daripada keluarga kerana tinggal di asrama.

Seorang lagi pelajar sekolah yang sama, Hazwan Razali, 20, yang memperoleh dua A dan dua B berharap dapat melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam jurusan Pendidikan Khas supaya dia boleh mengajar adiknya yang tergolong dalam kumpulan orang kurang upaya (OKU).

Hazwan memberitahu, beliau tidak mempunyai sebarang rahsia dalam belajar tetapi sentiasa bersungguh-sungguh mencapai impian menjadi seorang guru pendidikan khas sekali gus dapat memberi tunjuk ajar kepada adiknya yang cacat penglihatan.

''Saya gembira memperoleh keputusan STPM ini dan begitu berharap dapat melanjutkan pengajian dalam jurusan yang saya harapkan.

''Memperoleh kejayaan seperti ini perlu mempunyai kesungguhan, hormat kepada mereka yang menurunkan ilmu (para guru) serta tidak meninggalkan sembahyang lima waktu," katanya.

Pencapaian guru OKU jadi kebanggaan

SEREMBAN 10 Mac - Cikgu Katijah Abu Samah merupakan ikon kepada orang kurang upaya (OKU) di negeri ini dan beliau kini menjadi contoh terbaik dalam pencapaian akademik, kerjaya dan kesungguhan, demikian rumusan dibuat oleh bekas Ketua Unit Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS), Shafie Mohd. Noor.

Shafie juga menyifatkan survival Katijah merupakan sesuatu yang dikagumi, malah kesungguhan yang dibuktikan untuk mendidik bangsa Malaysia biarpun dirinya cacat, merupakan satu usaha yang memerlukan daya saing yang tinggi.

''Dia yang menawarkan diri untuk mengajar pelajar pendidikan khas. Ini kerana nalurinya begitu, mungkin disebabkan dia juga merupakan insan OKU. Dia lebih memahami hati dan perasaan pelajar berkenaan," katanya.

Shafie yang kini merupakan Ketua Unit Perhubungan JPNS berkata, Katijah telah menunjukkan pencapaian cemerlang, malahan prestasinya jauh lebih baik berbanding sesetengah guru normal.

''Cuba lihat bagaimana dia mampu mengawal pelajar yang lemah, hyperaktif, sindrom Down dan autisme serentak. Dia mampu mengadunkan semua itu dan menjadikan pelajarnya mudah memahami teknik pengajarannya," katanya.

Tambahnya, kejayaan Katijah sepatutnya menjadi cerminan kepada guru normal untuk mencontohi jati diri, kesungguhan dan kejayaan yang dicapai itu.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Tuanku Ja'afar, Zaleha Siran, 55, pula berkata, Katijah seorang yang gigih dan sewajarnya beliau dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh OKU Wanita peringkat negeri baru-baru ini.

''Dia mempunyai kelebihan untuk mengajar pelajar normal dan OKU. Malahan dalam banyak aktiviti di sekolah dia tidak pernah ketinggalan dan sama-sama menyumbang khidmatnya," katanya.

Tambah Zaleha, kejayaan Katijah memberi galakan kepada pelajar sekolah ini untuk mencontohi kesungguhannya, malahan kerap kali dia dijadikan contoh kepada pelajar normal untuk berjaya.

''Dia pernah menjadi pengadil bola jaring Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah peringkat OKU," katanya.

Sementara itu dua pelajarnya, Mohd. Akil Nazhan Rahman, 16, dan Nur Hidayah Zaini, 13, menyifatkan Katijah seorang yang baik dan amat disenangi.

''Saya suka Cikgu Katijah. Dia baik, pandai dan banyak berpesan untuk belajar bersungguh-sungguh," kata Mohd. Akil.

Kata Nur Hidayah yang juga pelajar pendidikan khas di sekolah itu, dia menjadikan Katijah sebagai idolanya dan mahu berjaya sepertinya.

Dalam pada itu, suami Katijah, Abdul Halim Hapiz Md. Yusop, 34, yang merupakan insan istimewa berkata, beliau berbangga dengan pencapaian isterinya dan amat memahami semangatnya yang gigih.

''Kalau dia mahukan sesuatu, pasti akan berusaha gigih untuk mendapatkan kejayaannya.

''Jika dia ada masalah, kami akan berkongsi bersama untuk menyelesaikannya. Dalam kerjayanya pula, sebagai guru dia mahu memastikan pelajarnya berjaya dan lebih baik daripadanya," kata Abdul Halim Hapiz yang mengusahakan perniagaan sendiri.

Tambahnya, walaupun isterinya cacat kaki, beliau mampu memandu sendiri, bekerja dan berdikari serta menjaga anak mereka, Muhammad Iman Naim yang berusia dua tahun enam bulan dengan baik.

''Di rumah, dia adalah isteri dan ibu yang baik dan di sekolah pula, sudah tentulah saya mendoakan kejayaannya untuk menjadi pendorong kejayaan kepada pelajar dan insan normal yang lain," jelasnya.

Saturday, March 13, 2010

Cuti sekolah bermula

Hari ini bermulanya cuti sekolah pertengahan penggal 1 selama seminggu. Semua murid pendidikan khas bergembira dapat bercuti bersama keluarga masing-masing. Sudah tentu banyak yang akan mereka ceritakan kepada rakan-rakan dan guru apabila cuti berakhir dan sesi persekolahan bermula nanti. Semua guru pendidikan khas juga mengambil peluang ini untuk pulang ke kampung halaman masing-masing. Kepada PPM yang bekerja pada mingu ini diharapkan dapat menjaga tanaman dan kebersihan kelas dengan baik. Warga tementi mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembantu pengurusan murid PPM atas segala jasa baik dan titis keringat mereka dalam membantu murid dalam segala aspek. Budi baik anda semua amatlah kami hargai. TERIMA KASIH..

Friday, March 12, 2010

Pertandingan mewarna 1 malaysia

Pendidikan khas tementi akan menganjurkan pertandingan mewarna 1 malaysia peringkat daerah pada 15 april 2010. Pertandingan ini akan disertai oleh murid-murid pendidikan khas daerah bera. Pertandingan ini dikelolai oleh PPD Bera dengan kerjasama semua guru pendidikan khas daerah bera. Kepada sesiapa yang sudi menghulurkan sebarang sumbangan seperti kewangan, makanan atau apa-apa sumbangan lain bolehlah menghubungi AJK sumbangan pertandingan mewarna 1 malaysia En Mohd Fadzli Bin Shamsuddin dari SK Felda Tementi. Sumbangan ikhlas anda amatlah kami hargai.

Blog SK F Tementi

Silalah melayari blog sekolah felda tementi yang sarat dengan maklumat dan informasi terkini. Gambar-gambar pun cantik wehh.

http://www.skfeldatementi.spaces.live.com/

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Gambar-gambar sekitar sambutan Maulidur Rasul sekolah



Murid pendidikan khas turut terlibat dalam perarakan maulidur rasul. Kelihatan adik izam memimpin barisan murid pendidikan khas diikuti oleh Izz, Hakimei dan Amir. Seterusnya adik Efi, Mat, Arif dan Mie. Mereka kelihatan bersemangat untuk memulakan perbarisan.

Ceramah Maulidur Rasul disampaikan oleh penceramah dari pendidikan khas iaitu Ustazah Mazliawati Bt Hasan
* Jurukamera yang berkaki lebar

Wednesday, March 10, 2010

Sayuran segar

Hari ini buat pertama kalinya untuk tahun ini projek tanaman sayur pendidikan khas sk felda tementi berjaya dituai. Cikgu Noorfadila dan cik Norzatilah dibantu oleh murid pendidikan khas Muhamad Arif dan Hafizi memotong sayur bayam yang sudah matang untuk diberikan kepada semua murid pendidikan khas sk felda tementi.Cikgu yang terlampau baik ini sanggup berpanas hingga keringat bercucuran demi anak murid tersayang. Walaupun berdepan dengan kesulitan akibat cuaca terlalu panas, tanah yang kering dan keras bukanlah suatu halangan andainya usaha yang dilakukan dengan penuh ikhlas sudah pasti akan memberikan hasil yang setimpal. Projek ini dilakukan pada skala yang kecil kerana kekurangan tapak pertanian. kita amat berterima kasih kepada tuan guru besar Ust Abdul Aziz yang sudi membenarkan kami bercucuk tanam di tapak pertanian tersebut.

Keceriaan Bangunan Pendidikan Khas Sekolah

Cikgu Fadzli hari ini memulakan operasi menceriakan sekolah dengan mengecat dinding belakang bangunan kelas pendidikan khas sk felda tementi. Beliau telah dibantu oleh PPM En Tajul Azhari. Operasi mengecat ini adalah bertujuan untuk mencantikkan bangunan pendidikan khas untuk persediaan menjadi tuan rumah pertandingan mewarna 1 Malaysia peringkat daerah yang akan dirasmikan oleh Tuan pegawai PPD. Seterusnya pasukan khas dibentuk untuk melukis mural diatas dinding ini yang akan diketuai oleh Puan Mazliawati guru penyelaras pendidikan khas SK Felda Tementi. Pertandingan ini akan disertai oleh hampir semua murid pendidikan khas daerah Bera diiringi oleh semua guru pendidikan khas daerah bera.

Tuesday, March 9, 2010

Selamat datang guru GSTT pendidikan khas

Warga pendidikan khas mengalu-alukan kedatangan guru sandaran tidak terlatih GSTT En Alias B Yusuf yang telah melapor diri di SK felda tementi pagi ini. Beliau yang telah meletakkan jawatan sebagai HR executive di sebuah syarikat german di Pekan pahang untuk memberi khidmat bakti dalam bidang pendidikan. Niat murni beliau untuk mendidik anak bangsa khasnya pelajar pendidikan khas amatlah berharga untuk perkembangan pendidikan khas sk felda tementi. Beliau merupakan siswazah dari universiti teknologi malaysia UTM dalam bidang Human Resource. En Alias berasal dari Kuantan Pahang dan kini akan menetap buat sementara di rumah guru SK Felda Tementi. Kita amat berharap beliau akan memberikan khidmat yang terbaik demi kecemerlangan murid-murid pendidikan khas.

Friday, March 5, 2010

Gotong royong di kebun

Hari ini semua guru, ppm dan murid pendidikan khas bergotong royong di tapak kebun pendidikan khas bagi menyelamatkan pokok-pokok terung yang semakin layu.Kami telah mengubah tapak pokok tersebut daripada polybag ke atas tanah rata. Antara guru yang terlibat ialah cikgu Mohd Fadzli B Shamsuddin, Mazliawati Bt Hassan, Surina Bt Ismail, Noorfadila Bt Mustafa dan Rosfaradila bt Mustafa. Manakala PPM yang terlibat ialah
Cik Norzatilah dan cik Norfadzliyana.








Gotong bermula dari pukul 8 pagi berlarutan sehingga pukul 10 pagi. Kami begitu bersemangat dan bekerja bersama-sama dengan penuh ikhlas demi keceriaan tapak pertanian kami.











Setelah siap mengubah tapak pokok dan menyiram pokok-pokok tersebut, kira-kira sejam kemudian hasilnya mula kelihatan apabila pokok-pokok terung itu mulai mengembang. Insyaalah dengan penjagaan yang baik pokok-pokok ini akan membuahkan hasil yang diinginkan.

What is Special Education

Special education is governed by federal law in most educatinal jurisdictions. Under individuals with disabilities education act (IDEA), Special education is defined as:
Specially designed instruction, at no cost to parents. to meetthe unique needs of a child with a disability.
Special education is in place to provide additional services, support, programs, specialized placements or environments to ensure that all students educational needs are provide for. Special education is provide to quallifying students at no cost to the parents. There are many students whohave special learning needs and these needs are addressed through special education. The range of special education support will vary based on need and educational jurisdictions. Each country, state or educational jurisdiction will have different policies, rules, regulations and legislation that governs what special education is.

Thursday, March 4, 2010

Hari Sukan Sekolah



Pada hari ini SK F Tementi telah mengadakan kejohanan sukan sekolah kali ke 16 yang telah dirasmikan oleh YDP PIBG SK F Tementi Dr Lailani. Suasana di sekolah hari ini bagaikan pesta dengan kehadiran semua pelajar, guru dan sebahagian ibu bapa yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan kejohanan tahunan ini. Warga pendidikan khas juga tidak mengalami sebarang masalah dalam menyertai kejohanan tersebut dalam acara yang dikhaskan untuk mereka.Turut menjadi kejutan pada tahun ini apabila buat julung kalinya warga pendidikan khas membuka gerai jualan untuk mengisi tabung pendidikan khas sekolah bagi kegunaan aktiviti-aktiviti mereka. Antara barang yang dijual ialah teddy bear buatan murid pendidikan khas hasil bimbingan Cik Rosfaradila guru pendidikan khas SK (F) Tementi, Kek coklat, Gula-gula, aiskrim, keropok dan air batu. Gerai pendidikan khas ini telah dibuka oleh Cikgu Fadzli kira-kira pukul 8 pagi dengan bantuan murid dan guru pendidikan khas. Sementara itu guru lain yang sedang sibuk membuat persiapan ialah Cikgu Noorfadila,Cikgu Mazliawati, Cikgu Surina, Encik Tajul, Cik Norzatilah dan Cik Norfadzliayana. Gerai ini telah diserbu oleh murid-murid SK felda tementi yang tertarik dengan keenakan kek coklat dan terpesona dengan kecomelan teddy bear yang dijual. Kira-kira 10 minit berlalu hampir 80 peratus barangan telah dijual yang mana telah memberikan semangat kepada warga pendidikan khas untuk terus membuka gerai pada masa akan datang.

Wednesday, March 3, 2010

Terima Kasih Daun Keladi



Hari ini warga pendidikan khas menerima kedatangan wakil kementerian pertanian cawangan Bera yang sudi menyumbangkan pelbagai peralatan pertanian dan benih kepada warga pendidikan khas sk tementi. Jutaan terima kasih kami kalungkan kepada mereka yang mana sumbangan tersebut turut dapat di nikmati oleh semua guru dan kakitangan SK Tementi yang menerima satu kit bumi hijau setiap seorang. Sumbangan ini akan digunakan oleh kami warga pendidikan khas dalam merealisasikan projek pertanian kami pada tahun ini. insyaallah,,,,

SELAMAT DATANG

Selamat datang ke ruangan Pendidikan Khas SK Felda Tementi Blog ini adalah untuk kegunaan Staff dan Warga PKSKFT dalam membuat rujukan dan informasi terkini.Diharapkan komen serta cadangan tuan/puan selepas setiap artikel yang dipaparkan dapat membantu dalam memantapkan lagi penampilan blog ini.. Terima kasih

Welcome
Welcome to the page of Special education of SK Felda Tementi Blog. This blog has been build for the usage of all staff and pupils of SK felda Tementi especially Special education pupils. Hopefully we can get any suggestion and information in order to make this blog more exiting and usefull.
Thank you

Sila Klik iklan dibawah untuk membantu kami mendapatkan dana