Klik pada iklan dibawah untuk membantu kami mendapatkan dana tiada bayaran dikenakan keatas anda

Search This Blog

Thursday, March 4, 2010

Hari Sukan Sekolah



Pada hari ini SK F Tementi telah mengadakan kejohanan sukan sekolah kali ke 16 yang telah dirasmikan oleh YDP PIBG SK F Tementi Dr Lailani. Suasana di sekolah hari ini bagaikan pesta dengan kehadiran semua pelajar, guru dan sebahagian ibu bapa yang tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan kejohanan tahunan ini. Warga pendidikan khas juga tidak mengalami sebarang masalah dalam menyertai kejohanan tersebut dalam acara yang dikhaskan untuk mereka.Turut menjadi kejutan pada tahun ini apabila buat julung kalinya warga pendidikan khas membuka gerai jualan untuk mengisi tabung pendidikan khas sekolah bagi kegunaan aktiviti-aktiviti mereka. Antara barang yang dijual ialah teddy bear buatan murid pendidikan khas hasil bimbingan Cik Rosfaradila guru pendidikan khas SK (F) Tementi, Kek coklat, Gula-gula, aiskrim, keropok dan air batu. Gerai pendidikan khas ini telah dibuka oleh Cikgu Fadzli kira-kira pukul 8 pagi dengan bantuan murid dan guru pendidikan khas. Sementara itu guru lain yang sedang sibuk membuat persiapan ialah Cikgu Noorfadila,Cikgu Mazliawati, Cikgu Surina, Encik Tajul, Cik Norzatilah dan Cik Norfadzliayana. Gerai ini telah diserbu oleh murid-murid SK felda tementi yang tertarik dengan keenakan kek coklat dan terpesona dengan kecomelan teddy bear yang dijual. Kira-kira 10 minit berlalu hampir 80 peratus barangan telah dijual yang mana telah memberikan semangat kepada warga pendidikan khas untuk terus membuka gerai pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment

Sila Klik iklan dibawah untuk membantu kami mendapatkan dana