KUALA LUMPUR 31 Mei (Bernama) — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengadakan sesi temuduga bagi calon-calon yang fasih bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa Mandarin, selama tiga hari bermula esok.
Menurut kenyataan SPRM hari ini, sesi temuduga itu bagi mengisi jawatan Penolong Pegawai Siasatan (P29) dan Pegawai Siasatan (P41) untuk lantikan pengambilan secara kontrak.
Temuduga itu akan diadakan di Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA), Persiaran Duta, Kuala Lumpur.
"Lanjutan kepada Hari Taklimat Kerjaya yang diadakan pada 9 Mei lepas, SPRM menerima sebanyak 579 biodata permohonan calon-calon yang berminat untuk jawatan yang dinyatakan.
"Daripada jumlah itu, SPRM telah menyenarai-pendek calon-calon yang layak untuk dipanggil temuduga dan surat panggilan telah dihantar kepada calon-calon berkenaan,” kata kenyataan itu. - Bernama
Search This Blog
Monday, May 31, 2010
Warga pendidikan khas mendoakan keselamatan peserta konvoi keamanan Gaza dari serangan israel
Kapal misi Gaza diserang, nasib wartawan Malaysia belum diketahui
31/05/2010 3:59pm
KUALA LUMPUR 31 Mei - Seorang wartawan dan seorang jurukamera
stesen televisyen Astro Awani dalam kapal Turki "Mavi Marmara", yang diserang tentera Israel pagi ini dalam misi bantuan ke Gaza, belum diketahui.
Seorang pegawai stesen televisyen itu berkata, mereka cuba menghubungi wartawan Ashwad Ismail, 25, dan jurukamera Shamsul Kamal Latip, 38, sejak 11 pagi tadi tetapi tidak berjaya.
"Kami sedang cuba mendapat maklumat mengenai keadaan mereka melalui pelbagai cara," katanya ketika dihubungi.
Kali terakhir kedua-duanya menghubungi stesen televisyen itu ialah pada 7.45 malam tadi ketika kapal itu sedang berada dekat Gaza manakala rakaman gambar kapal berkenaan diterima di sini awal pagi ini.
Enam lagi rakyat Malaysia yang berada dalam satu lagi kapal, "Rachel Corrie" yang juga dalam misi serupa, dilaporkan selamat.
Mereka terdiri tiga wakil Perdana Global Peace Organisation (PGPO) Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu, Ahli Parlimen Parit, Mohd Nizar Zakaria serta wartawan Halim Mohamed dan jurukamera Mohd Jufri Judin, kedua-dua dari TV3.
Menurut laporan Al-Jazeera, seramai 15 aktivis terbunuh dan ramai yang cedera apabila komando Israel menyerang kapal Turki itu yang mendahului beberapa kapal lain dalam misi menghantar 5,000 tan bahan binaan, bekalan sekolah dan peralatan perubatan ke Semenanjung Gaza.
Dalam satu SMS kepada PGPO, Shamsul berkata mereka berada 1,600 km dari Gaza.
"Rancangan sekarang ialah untuk meneruskan perjalanan dan berpatah balik jika ada amaran daripada tentera Israel," katanya. - Bernama

Sunday, May 30, 2010
Saturday, May 29, 2010
Ahli politik hina budak syndrom down
Wanita PKR Sifatkan Anggota Keluar Parti Seperti Budak Sindrom Down
KOTA BAHRU, 28 Mei (Bernama) -- Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat(PKR), Zuraidah Kamaruddin pada Jumaat mengakui parti itu melahirkan 'anak tidak cukup bulan' menyebabkan ada yang terencat akal lalu bertindak keluar parti.
"Kita akui, Keadilan sebuah parti baru dan melahirkan anaknya sebagai pemimpin yang tidak cukup bulan. Mana-mana pemimpin yang berjaya dan kekal dalam parti adalah anak istimewa, dan mereka (yang) lompat parti sebagai kanak-kanak yang menghidap sindrom down atau terencat akal," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Keadilan Wanitake-6, di sini, sebagai mengulas pergolakan dalam PKR yang menyaksikan ramai pemimpin dan wakil rakyatnya bertindak keluar parti.
Zuraidah berkata keadaan itu berlaku kerana PKR sebuah parti baru yang cuma berusia 10 tahun.
Beliau juga mengakui jumlah cabang Wanita PKR yang berjaya mengadakan mesyuarat agung berkurangan kepada 106 sahaja tahun ini berbanding 206 pada tahun lepas.
Bagaimanapun perkara itu katanya berpunca daripada usaha pemutihan parti.
-- BERNAMA

Tuesday, May 25, 2010
Sunday, May 16, 2010
Saturday, May 15, 2010
Tips Temuduga
Tips ini di terbitkan untuk memberi panduan kepada bakal pekerja untuk lebih bersedia seandainya dipanggil untuk temuduga. Perkongsian maklumat ini bertujuan memberi pengetahuan kepada para graduan atau pencari-pencari kerja dalam perebutan atau persaingan untuk mendapatkan jawatan yang dipohon. Tips ini diperolehi hasil kajian, survey dan pengalaman penulis sendiri. Tidak kira jawatan apa yang di pohon sama ada dalam sektor kerajaan atau swasta seperti guru (kursus perguruan lepas ijazah) kpli, dpli (diploma perguruan lepas ijazah), Guru ganti, Guru sandaran tidak terlatih, temuduga pengesahan lantikan, jawatan jurutera sektor awam atau swasta, kerani, PPM, Pembantu am rendah, juruteknik, pegawai kerajaan, akauntan dan sebagainya. Selalunya sesi temuduga dan soalan yang ditanya hampir sama sahaja tidak kira bidang yang anda ambil.
1. Pastikan Resume dan sijil yang di bawa lengkap
2. Cerita latar belakang diri (hendaklah menarik perhatian)
3. Berpakaian kemas.
4. Sebaiknya cerita tentang kebaikan anda dan cuba tutup segala kelemahan yang ada.
5. Pengetahuan mendalam tentang pekerjaan yang di pohon, paling tidak tahu serba sedikit
6. Pengetahuan am yang tinggi
7. Mengetahui serba sedikit isu-isuterkini
8. Jawab soalan dengan tenang, sopan dan yakin.
9. Doa dan tawakal

Thursday, May 13, 2010
Wednesday, May 12, 2010
Pendidikan Khas dapat tempat pertama dalam pertandingan keceriaan peringkat sekolah
Warga pendidikan khas tementi amat gembira kerana diumumkan sebagai pemenang dalam pertandingan keceriaan peringkat sekolah untuk bulan april. Kelas pendidikan khas menggondol piala pusingan bagi kategori khas yang turut disertai oleh Pra-sekolah A, Pra-sekolah B dan juga kelas pemulihan. Kami juga turut membawa pulang sijil penyertaan. Warga pendidikan khas juga mengucapkan tahniah kepada Ustazah Surina yang menguruskan keceriaan Bilik Gerakan yang turut mendapat tempat pertama bagi kategori Bilik Khas.Bagi kategori kelas Tahap 1 dimenangi oleh kelas 3A manakala kategori kelas tahap 2 dimenangi oleh kelas 5A.Tahniah kepada guru kelas 3A dan 5A yang telah bertungkus-lumus untuk menceriakan kelas mereka. Kepada kelas-kelas lain yang tidak bernasib baik diharap mencuba lagi pada bulan seterusnya kerana adalah adat dalam pertandingan ada yang menang dan pasti ada yang tewas. Warga pendidikan khas berpuas hati dengan kemenangan ini. Segala penat lelah mereka selama ini dalam menceriakan kelas akhirnya mendapat pengiktirafan daripada para hakim yang bijaksana yang diketuai oleh Tuan Guru besar Tn Hj Abd Aziz B Talib, Puan Azimah (GPK HEM), En Nasarudin (GPK Pentadbiran) dan En Abbas (GPK Koko). Kemenangan ini memberikan semangat baru kepada warga pendidikan khas untuk lebih berusaha dalam menceriakan kelas pendidikan khas.
Tuesday, May 11, 2010
Bertuahnya masuk dalam Kaabah
DATUK Seri Dr Mahathir Mohamad adalah pemimpin negara yang pernah dibenarkan pihak berkuasa Arab Saudi memasuki Kaabah ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah Al Mukarramah pada 1993.
"Perdana Menteri mengerjakan solat dalam rumah Allah itu dan turut berdoa tetapi apa yang didoakan beliau, tiada siapa tahu," cerita bekas pegawai waran Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Rosme Hassan, 45.
Apa yang pasti, katanya, Dr Mahathir sehingga kini dikurniakan kesihatan yang baik walaupun usianya sudah mencecah 77 tahun dan berjaya membangunkan Malaysia sehingga dikenali sebagai negarawan ulung negara.
Rosme yang bertugas dalam jet eksekutif Falcon-900 sebagai kuarter master udara antara 1985 hingga bersara pada 1993, berkata beliau dan beberapa ahli rombongan lain turut mengambil kesempatan itu memasuki Kaabah.
"Saya masih ingat ketika itu kira-kira jam 11.45 malam waktu tempatan, saya terlihat beberapa petugas di situ membawa tangga dan terdetik dalam hati hajat untuk memasuki Kaabah akan tercapai.
"Mereka kemudian meletakkan tangga di tepi dinding Kaabah dan kami dengan didahului Perdana Menteri menaiki tangga berkenaan untuk memasukinya. Sebaik berada dalam Kaabah, saya mendapati keadaan di dalamnya samar-samar tetapi apa yang pasti semua yang berada di dalamnya mengerjakan solat mengikut arah kiblat masing-masing kerana kita berada dalam Kaabah," katanya ketika ditemui di Langkawi.
Rosme berasal dari Kuala Sanglang, Kedah dan dibesarkan di Ipoh, Perak, menyertai TUDM pada 1973 dan bersara pada 1993.
Tugas Kuarter Master udara sama seperti pramugara atau pramugari yang melayani penumpang dalam pesawat biasa, cuma bezanya dengan tugas Rosme ialah beliau dipertanggungjawabkan melayani orang kenamaan yang mengikuti penerbangan menggunakan jet Falcon-900. Tiga juruterbang terlatih dan dua krew kabin menyertai setiap penerbangan ke luar negara dengan jet eksekutif itu yang sering digunakan untuk membawa pemimpin negara dan asing.
Menceritakan pengalaman yang sukar dilupakannya di Kaabah itu, beliau berkata, ramai orang Arab yang berada berhampiran Kaabah menarik-narik kain ihramnya dan apabila ditanya kenapa mereka berbuat demikian, orang Arab itu mengatakan mereka mahu mendapat berkat daripada rombongan negara.
Mereka menyifatkan rombongan daripada Malaysia sebagai bertuah dan dirahmati Allah kerana terpilih oleh-Nya memasuki Kaabah sedangkan tidak semua penduduk Arab mendapat peluang itu.
Keadaan yang agak gawat ketika itu, katanya, memaksa pihak berkuasa Makkah membuat pagar manusia bagi memberi laluan kepada rombongan Perdana Menteri.
Rosme berkata, beliau sebelum itu pernah singgah di Makkah bagi menyahut lambaian Kaabah bersama pemimpin negara yang lain tetapi tidak pernah berpeluang memasukinya.
Selain itu, katanya, ramai tidak tahu Dr Mahathir sebenarnya mampu mendaratkan pesawat dengan baik dan itu pernah dilakukannya beberapa kali.
Bagaimanapun, Perdana Menteri berbuat demikian dengan ditemani juruterbang berpengalaman dan terlatih yang berada di sebelahnya.
Beliau berkata, tugasnya cukup mudah sepanjang mengikuti penerbangan bersama Dr Mahathir kerana beliau adalah seorang yang berdisiplin tinggi dan menghargai masa.
"Bagi hidangan pertama sebaik memulakan penerbangan, beliau lazimnya akan mengeluarkan bekalan yang dibawanya iaitu daging dinding, daging yang dihiris halus dan ditambah serbuk lada.
"Kemudian, barulah kami menyediakan hidangan seterusnya selepas masa makan ditetapkan beliau. Kami juga memaklumkan kepada isterinya, Datin Seri Dr Siti Hasmah Mohd Ali mengenai menu hidangan," katanya sambil menambah ada sebuah kamar dalam pesawat itu yang dilengkapi dapur untuk memanaskan hidangan.
Jika penerbangan mengambil masa lama, katanya, Dr Mahathir lebih suka duduk berseorangan dan tidak mahu diganggu sambil tangan mencatat sesuatu pada buku nota kecil. Beliau juga tidak mahu diganggu dengan bunyi muzik atau pemain visual dalam pesawat kerana mahukan keadaan yang senyap dan tenang.
Rosme berkata, Dr Mahathir juga pernah memasuki kokpit (kamar juruterbang) ketika penerbangan dalam negara dan bertanya juruterbang masa sampai ke destinasi dan keadaan cuaca ketika itu. Juruterbang juga akan menceritakan mengenai peralatan dalam kokpit.
Berdasarkan pengalamannya bersama Perdana Menteri Rosme berkata, beliau secara peribadi menghormati dan menyanjung tinggi keperibadian Dr Mahathir.
Justeru, katanya, cerita negatif yang diada-adakan menyentuh peribadi Dr Mahathir di luar negara disifatkannya sebagai karut semata-mata dan tidak lain hanya bertujuan menjejaskan kewibawaannya sebagai pemimpin ulung negara.

Monday, May 10, 2010
Cara memohon jawatan guru ganti di sekolah
Jika ada kekosongan guru kerana cuti bersalin dan sebagainya. Sila hubungi guru besar atau pengetua sekolah terbabit beserta dengan resume dan sijil. Guru besar atau pengetua akan menemuduga dan jika sesuai anda akan dipertimbangkan untuk jawatan guru ganti di sekolah terbabit.
Sunday, May 9, 2010
Selamat Hari Ibu
Warga pendidikan khas mengucapkan selamat hari ibu kepada semua wanita yang bergelar ibu. Jasa Ibu takkan dapat kami balas. Hanya doa dapat kami pohon semoga semua ibu didunia ini sentiasa berbahagia di dunia dan akhirat.
Ingatlah Kepada Ibumu
Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja… aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku… ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepatmarah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu
Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu… Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! “
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang palin g sibuk juga Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu
Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu
Bila sambut valentine… Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu… aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu… aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila… aku akan talipon pasanganku
Entah bila.. aku nak talipon Ibu
Selalu… aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila…. aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Wednesday, May 5, 2010
Cara Memohon Jawatan Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Pendidikan Khas
PEMBANTU PENGURUSAN MURID Gred N17
P1T1 RM820.38 – P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81– P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75– P3T24 RM2397.95
Syarat Kelayakan
PEMBANTU PENGURUSAN MURID GRED N17
(a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
(b) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
UMUR
Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun; dan
Pegawai sedang berkhidmat yang layak di bawah Kenaikan Pangkat Secara Lantikan hendaklah berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
TARAF JAWATAN
Taraf jawatan adalah tetap.
PENAKLUKAN DI BAWAH SYARAT-SYARAT SKIM PERKHIDMATAN
Calon yang memasuki perkhidmatan seperti perenggan 2.1 hingga 2.9 adalah tertakluk kepada syarat-syarat dalam Skim Perkhidmatan yang berkuatkuasa serta pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dikemukakan secara ONLINE di Portal SPP http://www.spp.gov.my. Semua pegawai awam yang berminat juga hendaklah mengemukakan permohonan dengan menggunakan kaedah yang sama. Calon boleh memohon lebih dari satu jawatan namun panggilan temu duga akan ditentukan oleh Suruhanjaya mengikut keutamaan.
CALON YANG MEMILIKI KELAYAKAN SPM TERBUKA
Calon yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sistem Terbuka hendaklah mempunyai kelayakan minima seperti berikut:
(a) lulus 6 mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia/Melayu dengan 2 mata pelajaran di peringkat kepujian dan selebihnya lulus dalam satu peperiksaan; atau
(b) lulus 6 mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia/Melayu dengan 2 mata pelajaran di peringkat kepujian dan selebihnya lulus dalam 2 peperiksaan yang dikumpulkan dalam tempoh 3 tahun berturut-turut.
Permohonan yang tidak memenuhi syarat kelayakan di atas TIDAK akan dipertimbangkan.
ASAS TAPISAN
Suruhanjaya berhak menetapkan asas tapisan untuk menentukan jumlah calon yang sesuai untuk dipanggil temuduga.
PERINGATAN
Semua maklumat yang dikemukakan di dalam borang permohonan adalah dianggap BENAR. Jika terdapat sebarang penipuan berkaitan maklumat yang diberikan, permohonan akan dibatalkan serta merta dan nama pemohon akan disenaraihitamkan.
PEMBERITAHUAN MENGENAI CALON TIDAK BERJAYA Calon yang dipanggil temu duga tetapi tidak berjaya akan dimaklumkan mengenainya manakala calon yang memohon tetapi tidak dipanggil temu duga bermakna permohonan tersebut masih belum melepasi asas tapisan yang ditetapkan.
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan ke pejabat SPP di talian 0388717300 atau emel di alamat aks@spp.gov.my.

Monday, May 3, 2010
Anugerah gigi paling bersih
Pada perhimpunan mingguan sekolah kebangsaan felda tementi pagi ini. Guru pendidikan khas Puan Mazliawati mengumumkan pemenang anugerah gigi bersih, senyuman cantik pendidikan khas bermasalah pembelajaran SK Felda Tementi. Hadiah berupa hamper disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran SKFT En Nasaruddin dan disaksikan oleh hampir 300 orang warga sekolah SKFT.
Pertandingan ini dijalankan selama sebulan dinilai sebanyak 3 kali dalam seminggu. Murid yang mendapat markah tertinggi setelah dikumpulkan markah selama sebulan akan membawa pulang hamper yang disediakan oleh guru-guru pendidikan khas. Pertandingan ini diadakan untuk memberi galakan kepada murid-murid untuk sentiasa menjaga kebersihan gigi mereka.
Sunday, May 2, 2010
Pertandingan gigi bersih, Senyuman cantik
Sepanjang bulan April 2010, Warga Pendidikan Khas Sekolah kebangsaan Felda Tementi telah mengadakan pertandingan gigi bersih, senyuman cantik untuk mengisi slot pengurusan diri. Setiap hari guru-guru akan menilai kebersihan mulut dan gigi semua murid pendidikan khas dan diberi markah. Murid yang mendapat markah tertinggi akan membawa pulang hadiah yang lumayan yang akan di serahkan pada perhimpunan pagi 3 mei 2010 oleh Tuan Guru Besar SK Felda Tementi.
Gambar peserta yang mengambil bahagian sebelum dinilai kebersihan gigi mereka.
Keputusan para hakim dicatatkan dan di pamerkan
Panel hakim yang membuat penilaian yang dijamin telus dan adil.
Subscribe to:
Posts (Atom)